Friday, April 24, 2009

selagi belum tutup mata..keje..keje..keje

Dah nak masuk bulan Mei, kerja masih lagi banyak yang perlu diselesaikan. Baru fikir dah terasa penat, belum buat lagi. Aku ingat selesai je projek aku tu, aku nak cuti panjang. Panjang mana? tah aku pun tatau. Yang penting aku nak rehat n bercuti!


bestnya kalau dapat berehat mcm ni slalu!


Asyik g bengkel je (training sana sini)..ni aku ada rasa mcm nak buka bengkel lak ni! hehe ;)

Friday, April 17, 2009

BTN

BTN..aku ada persepsi yg berbeza sblm n selepas pergi BTN.




SEBELUM :

  • Aduh, nape la kne pakai baju tema hitam putih..malasnya. Dah la kne bawa sabun, syampu dll sendiri. Kalau dok hotel xpayah bawa semua tu... :((

Hari pertama:


Kepala aku punya la sakit mcm kena tekan2..tak tahan!!



Hari kedua:

Pagi, kami subuh bersama2..ada peristiwa semasa sembahyang subuh..tapi xperlu aku hebahkan nanti kata orang tu.."heboh satu dunia".


Setia betul telinga aku dengar pembentangan kertas kerja...tak pe majlis ilmu, dapat pahalakan.. Tapi aku xdapat nak fokus sgt, masih belum bersedialah katakan..hehe


Setiap kali pembentangan kertas kerja, kami kena nanyi lagu Menara Bangsa.

Tiba mlm dah start LDK..wah menarik, baru la bergerak bdn aku ni..xde la dok je kat kerusi sampai panas kerusi tu..hik ;p Masa LDK ni dapat la cungkit bakat2 baru, imam pun blh jadi music conductor..tapi bagi aku pemenangnya adalah ehem2 (aku xnak sebut nama tu) bukan setakat tangan dengan kaki2 bergoyang..klu la simen tu blh bercakap mesti simen tu kata.."udah2 la tu..ko tenyeh2 aku ye mambang!" ;p


Hari ketiga:


LDK dalam kelas bermula, waktu sesi kenalkan diri aku dah kena provok giler2..aaaaaaaaaaaaa geramnya aku! sangat! Tapi aku masih menjawab..degil n aku xbersalah!! Bila dah kenal dengan semua ahli kumpulan kami start berbincang. Menarik... Marah? Mula2 ye la pastu..aku ok je, tak kan nak marah lama2 kan..nanti kene jual...hik ;p


Petang ada aktiviti kembara, best! aku suka..mana tak nya dah lama xbuat aktiviti mcm ni. Kumpulan aku steady je..xde rehat2 jalan terus tanpa henti, skali skala aku toleh jugak la tgk apa jadi kat orang blakang..nampaknya semua ok, masih berupaya utk berjalan. Tapi kumpulan kat depan aku tu terjerit2, tah apa yg dipekikkannya aku pun xpaham.. yang pasti mmg ada yang sangat peka..xperlu signage utk menyatakan depan curam atau ada pokok berduri..semua tu kerja orang depan. Hehe bagus.."sharing is caring" kann..


selepas aktiviti kembara..makan ikut kumpulan, jgn lupa doa dulu!
Lepas makan basuh pinggan & cawan sendiri..sendiri mau ingat!

Malam diteruskan lagi dengan aktiviti LDK..biasanya kumpulan aku yang lambat keluar tapi tu bukan satu tekanan, masa yang diperuntukkan utk perbincangan mmg digunakan sepenuhnya utk fasi n kami berdiskusi. Cewahh ayat..

Hari keempat:

Pagi, semua peserta yg tiada masalah kesihatan kena lari 2 km. Lama aku xlari jauh2, lari rumah pun xpernah. Dengan kekuatan mental n fizikal kami gagahkan jua utk tamatkan larian tu..Mulanya aku nak teman si Hanafi..lama aku xlarat nak jalan, lambat n menambahkan lagi kepenatan aku! So aku sambung lari, hah jap lagi budak Napi tu terjerit panggil aku.."Hye, ko kata nak teman aku"..aku pun jawab dengan jujurnya "Tak larat la nak jalan, dah banyak dah taik lembu aku pijak nih!" sambil berlari2 anak..hehe. Apa2 pun aku dapatlah habiskan larian tu dalam 11 minit ++.


Kemudian sambung lagi LDK, dalam otak aku terfikir, hari ni last LDK. Semalam mula, hari ni dah habis. Cepatnya masa berlalu.


Malam, kali ni kami semua masuk semula dewan utk LDK bersama. Ada beberapa aktiviti yang memberi kesan kepada peserta. Ada yang nangis gak. Aku? Masa tu aku xberapa nak ada perasaan jadi x la meleleh air mata aku ni.


Cuma sesi kali ni buatkan aku terfikir betapa susahnya pemimpin2 kita utk memperjuangkan nasib bangsa dan sekaligus utk membentuk sebuah negara sehinggalah apa yang kita dapat pada hari ni. Aku bersyukur kerana adanya orang2 yang mempunyai semangat juang yang tinggi, sanggup ketepikan kepentingan diri sendiri semata2 utk mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan harmoni. Namun kalau kita yang ada pada hari ini, leka, alpa dan asyik merungut mcm2..kitalah yang sebenarnya rakyat yang tidak mengenang budi!


"Bangkitlah wahai kita semua, satu hati ke arah kemakmuran sejagat"

Hari kelima


Ada ujian!!!!!!!! Aku dah setkan dalam otak aku..45minit je jawab soalan. Bukan nak tunjuk pandai ke apa tapi aku betul2 dah ngantuk dan terasa kepenatannya setelah 5 hari berkursus. Akhirnya rancangan aku menjadi. Keluar dewan je, kami kena g minum pagi n akulah orang pertama sampai kat bilik. Apa lagi masa yang ditunggu2, tdo!


Dalam pukul 11 pagi kami berkumpul semula utk majlis penutupan. Kemudian ada sesi salam2 sambil berkumandang lagu "teman sejati". Mmg dah lama xdengar, dulu kat matrik slalu la.
Ucapan daripada Penghulu..aik mana hulubalang?


lagu "teman sejati"


ingat Mak Jah, ingat Chicken Dance!


Kegilaan ramai.. Pak Abu Comel!


SELEPAS


  • knapa la aku lambat g BTN ni..banyak benda aku dapat lebih2 lagi bab2 kenegaraan yg sekarang ni orang hanya bercakap berlandaskan emosi n apa sahaja yg difikirkan betul dan bukannya bercakap mengikut fakta yg betul!


  • knapa la 5 hari je..patut lama lagi..


  • patutnya LDK kena panjang lagi supaya banyak isu dan fakta boleh didedahkan..

Secara peribadi, aku berpendapat kursus ni mmg sangat bermanfaat kepada aku dan semua peserta lain. Barulah aku tersedar bahawa pentingnya untuk kita mempertahankan kedaulatan negara kita sendiri. Kalau bukan kita siapa lagi? Pekerja asing?


Terima kasih kepada semua ketua fasilitator, fasilitator2 terutama fasi kumpulan 10 dan jurulatih2 di kem n tak lupa sepada kumpulan aku yang best!


Kumpulan 10 best! Macam bdk2 sk0lah kannn..

Wednesday, April 15, 2009

Betul ke?

Bila aku dah terlalu bosan n otak aku dah xlarat nak pk..aku buat la apa2 je yang boleh buat aku hilang bosan. So, apa pendapat korang? yang kenal aku la kan..xkenal mcm ne nak tau..tp blh gak tau drp ciri2 kat bwh ni..aku xnafikan sepenuhnya.

Januari

1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
2. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
3. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
4. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
5. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
6. Pandai mengambil hati orang lain.
7. Pendiam kecuali telah dirangsang.
8. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
9. Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
10. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
11. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
12. Cukup sayang pada kanak-kanak.
13. Suka duduk di rumah.
14. Setia pada segala-galanya.
15. Perlu belajar kemahiran bersosial.
16. Sifat cemburu yang sangat tinggi.


Yang bawah ni, more specific;

28 Januari

Suka akan pemandangan yang indah, tenang, keras kepala, bakatnya ditujukan pada ilmu pengetahuan, kesenian dan karang-mengarang atau karier lain yang menguntungkan.

Wednesday, April 8, 2009

Nantikan cerita seterusnya...

Oleh kerana aku tak sempat nak update, so tunggu la cerita seterusnya..dua sekali:

  • BTN
  • Kejohanan Trek Pelapis Negeri Sirkit 1/2009

Cerita BTN dalam peringkat draf tapi utk trek pelapis minggu ni baru start 9-12 April 2009

*Kepada yg berminat dengan lumba basikal atau pun pengulas2 berita sukan bolehlah saksikan pelumba2 pelapis negara di Velodrome KL (dekat je dengan Downtown).

Wednesday, April 1, 2009

Day 3@Sandakan

Atas permintaan seorang budak ini terpaksa la aku menaip jugak story cte ni..hah bac0 jgn x bac0, den buek ni pun sebob ekau la ni.. ;)



Dlm kul 5.30 am aku dah kne mandi, solat n g pasar..kalah neng kat umah korang kannn..neng kat KL Selangor mesti lum bangun lagi time ni..Duh mcm kem tentera aku rasa. Tapi semangat Six Stoogers perlu diteruskan. Aku pun siap2, wah keenam2 komisar turun g pasar. Tak de la aku rasa mcm neng sangat kan..


Dalam suasana gelap gelita tu..tanpa torchlight n bukan waktu "Earth Hour" pun..kami tunggu bas (alan nama je bas tapi van). Ok x sampai beberapa minit sampai sudah ke pasar. Aku tau masa g pasar ni ade je yg x mandi kan..konon pasar kotor n nanti kene mandi balik. Alasan! Takut mandi pagi cakap je la..hik ;p

pagi2 buta dah kena tunggu bas..ibu yang setia..mana yg lain tah



Apa lagi kalau 6 orang ni dah masuk pasar..mesti memborong..mcm biasa ketuanya adalah ibu. Hidup ibu! Aku simple je beli udang 2 kg..k dah. Abang zainul a.k.a lobster cari juga la lobsternya itu..tapi xde rezeki, replika lobster kat bulatan jalan raya tu ada la..xkan nak bawa balik yg tu..lebih 15 kg..hah sape nak tanggung tu? Menariknya kat pasar ni..kebanyakkannya ikan masih melompat2 lagi. Dengan aku2 rasa nak lompat gak! For da 1st time, aku tgk ikan siakap merah..asyik leka tgk orang memilih ikan2..ikan siakap merah tu pun habis..melepas la peluang aku nak beli.. Cis bedebah! Siapa yg cis, siapa yg bedebah aku pun xtau..

kalau semua ni berapa?


berapa banyak daa..

besar tak udang tu?


lobster di tengah bulatan yg menjadi sasaran abang zainul


break1st


Ok settle hal kat pasar..kami g jalan2 pulak. Kali ni Mr Raymond yg bawa jalan. Tempat yang kami tuju adalah Sepilok..dengan cita2 nak tgk orang utan. Tunggu punya tunggu, yang nampak "belakang mat saleh" n sekor orang utan bersama anak kecilnya. Aaaaaaaaaa punya lah besar hutan tu sekor je yg kuar..yg lain mana? tidorkah? malu? segan xpkai baju? aduhhhh...Kami pun ambil keputusan utk keluar je..Tiket RM 5, sesiapa yg bawa kamera walaupun hanya compact cmra tetap RM 10. Lebih mahal dari harga tiket..xpe, aiman xkesah..(ye la bukan poket aiman yg kuarkan duit tu kan...mmg la xkesah!).


The Six Stoogers + Mr Raymond



Tiket kamera yg lebih mahal daripada tiket masuk (tp aku rasa ni mmg dah kira plg murah la..)


Apa yg korang nampak? orang utan atau "belakang mat saleh"




Laa penat je tunggu, sekor je yg kuar





Kemudian kami ke Rainforest Discovery Centre. Kali ni kami berempat je yg masuk dalam. Lain2 dah penat, xlarat..so dok kat luar je. Cantik taman2 kat situ..Tiba masa naik Hornbill Tower. Aiy0oo dah pasti aku la manusia paling takut tinggi...gayatttttttttttttttt takutttttttttttttt. Apa2 pun aku xnak la benda ni menghalang aku drp turut serta naik tower ni...aku pun redah je..orang pertama naik maaa..pusing punya pusing, hah kepala aku pun dah mcm gasing..pening. Tapi aku xpeduli, naik lagi dan lagi..sampai kat atas skali..ade sign kat situ tulis 27meter. Hah! Ok la, bila yg lain2 sampai..abang zainal utarakan satu soalan yg betul2 cepu cemas...rasa tak tower ni bergoyang? hah! soalan apekah ini? aiy0ooo...aku pun peluk tiang tu..betul maa. Bila kne tiup angin terasa goyang gak la..aduh, xboleh jadi ni..dengan ketakutan yg membara aku pun ckp kat semua..saya nak turun dulu..hihihi. Aku bkn terus turun tau..aku g ke paras 16meter. Ha kat situ baru rasa stable sikit..xla gayat sangat.










Seekor buaya sungai + 3 buaya darat..hik ;p



cantik



Ada 2 soalan..p0kok yg besar ke atau manusia ini yg kerdil?


semangat



aaaaaaa takutttttttttttttttttt


Seterusnya kami g naik Bristlehead Tower..ada jambatan la pulak. Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini..Masa kat sini aku dpt ilham utk tajuk filem seterusnya (David Teoh..take note k), JANGAN PANDANG BAWAH! Takutnya, dah la jambatan jaring2..bila tgk bawah..aduh seram tul la..Tapi pape pun tu merupakan pengalaman yg seronok!

ada ke ni karipap? tau la lapar


Jangan pandang bawah! seram

boleh berdiri lama2 hanya di jambatan yg berlapis papan je..coz xnampak bawah


jauhnya perjalanan ni..

Ok sampai kat jambatan gantung, xtinggi tapi bawah ada air..Cikgu Hairul ketua kontigen..dia kat depan n aku kat blkang skali..aaaaaaaaaaaa ngada2nye, nape nak goyang2 jambatan nie? terbalik kang, sume masuk air+basah+abis la cmra+sejuk --> mana mau tukar baju?



Kemudian kami ke pasar lagi, rajin sangat kan? orang meniaga pun x pegi pasar banyak kali.. Tujuannya kali ni nak cari Sabah Vege..tp xjumpa..orang sabah pun tatau pe benda tu..Oh ye kami singgah jaga ke kedai basikal salah seorang drp kenalan kami di sana.





Lepas makan, ada seorang ni muntah2..aik? hye sape rumet dia eh? ape yg dah berlaku? Amb0i2..sosial! Tapi yg muntah tu laki..but i d0n't care, aku nak buat spekulasi gak...ay0kk. Jwb dengan bini dia..hehe. Selesai semua..kami balik bilik, mandi2, siap2 kasi wangi utk pulang ke semenanjung.



Dalam flight..riuh rendah mcm bawa budak tadika g zoo..punya suka. Nak balik la katakan. Itulah saja cerita Day 3 @ Sandakan. Harap aku akan kembali lagi ke sana walaupun tiada sanak saudara mahu pun keluarga yg berhijrah di sana. Selesai.

tgk berapa punya banyak kami borong ikan, udang, s0tong..aiy0ooo 8 kotak xsilap aku

yeahh sampai sudah

Terima kasih banyak2 kepada abang zainul punya kawan, punya kawan..sori terlupa nama daaa. Coz tolong bungkuskan ikan2, udang2, sotong2 dan sekalian barang yg kami beli di pasar pagi tadi. Thanx yah!

*dah tak de hutang ok.