Wednesday, May 20, 2009

jalan2 lagi..


menuju puncak!



Edisi "Jalan2 Lagi"...kali ni aku n da geng g Cameron Highland pulak. Kalau ikutkan plan, baru je lagi.. seminggu sebelum ke sana. Tak boleh buat plan lama2 nanti xjadi n mcm2 hal. Al maklum lah, aku ni mmg keje kat opis tp kdg2 bz tahap melampau, yg sorang lagi fasilitator btn..hah lagi la ke sana sini tak tentu waktu..pastu sorang lagi nak kawin, mcm2 ada kat otak..baju dah ok ke? hantaran nak bagi ape? warna tema n mcm2 lagi...sampai tak keruan dibuek eh.. Jadi ada masa lapang n sume free..kita ronggeng!



Misi ke Cameron:


- Nak beli sayur2 n bunga fresh (katanya)...tapi kalau tak de la perkataan "fresh" tu, carik kat tesco, carre4 or pasar pun boleh jumpa kan? dasar alasan nak berjalan! hik.. ;p



- Saje nak ngabiskan duit.. ;))




Pagi2 lagi aku dah bertolak dari umah, amik azrina pastu zam. Tukar driver, g rawang lak...wah 2 jam aku dalam kete baru sampai rawang?! bila mau sampai ni? Ada la budak tu nak terberry la, kat umah x boleh..hah, kat umah tunang boleh la pulak kan? hehehehe...ngada2!



Ok selesai sesi jemput-menjemput, kami teruskan perjalanan...


Sambung cerita...




Ha..kat cni aku minum je, tu p0n selepas terg0da mendengar kata2 dusta + nista daripada penjual..katanya, sedap teh blackcurrent ni...Aku pun test la... cawan dia mcm kat mamak tp bekas gula dia lebih kurang sama besar mcm cawan air..hah nak suh aku kne kencing manis la tu! ko ingat aku nak kunyah ke gula pasir tu? duh... Minum punya minum, mana la rasa yg blackcurrent ni? klu ade sgt sikit...ke bau je? tah, yg pasti deria rasa aku elok lagi k.




kononnya ada rasa blackcurrent


Next, kami singgah di pasar tani..ape kata korang tgk n buat kesimpulan sendiri:





pantang nampak...ambik je



murah? ambik lagi...duit yg diperuntukkan belum abis!





penuh tangan...




cukup ke? utk mak, nenek, sedara, jiran, orang2 kampung..hik ;p




ape lagi nak beli ni?





akhirnya..mmg xsesuai bwk myvi, lain kali bawak la kete lain!





hah sudah2..dah jangan benti mana2 lagi, xmuat kete dah ni..sebelum balik kami sempat singgah ke ladang Boh (bukan singkatan utk bohsia or bohjan k..). Ikut sign board 2 km...sampai je tambah lagi 6 km...waduh! Utk langkah keselamatan setiap kali jumpa selekoh kene bunyikan hon..tunggu citer hon aku.




akhirnya berjaya sampai..aku, zam, azrina n aren




mcm citer hindustan x?






syok bet0l dok atas ni..



drama sebabak..


:))




nape kilang ni bau daun inai? musykil...



Masa nak turun kepala aku pening la pulak...lagi pening bila setiap kali jumpa selekoh, kete mmg wajib bunyikan hon tp kwn aku sorang ni pun menjerit bagi isyaratlah kononnya...aduh, bingit telinga aku..hehe..weh malu tau, aku rasa orang kat ladang teh tu blh dgr suara ko...cuba teka sape bdk tu? ;p



hah, lagi satu..edisi berjalan kali ni diserikan lagi dengan cerita2 yg menyakitkan telingan n ati aku..begini citenye..kawan aku ni bagitau yg kawan dia adalah sepupu Erra Fazira, kawan dia dok kat Sg. Choh n setiap kali kami masuk/ lalu area rawang..dia akan ulang n ulang cite ni mcm kaset rosak n masa ni la aku rasa nak marah mcm mulut nak kua api ibarat naga di tasik Chini! hik hik ;p... Erra sangat kan?! Ape aku kesah... ;p



Pape pun mmg best, mana xbest, bis kete penuh barang sampai ade orang tu tersalah amik barang aku siap bawak masuk umah dia...hehe. So, next aku xtau la kat mana tp nampak gaya nye sume pun bz melainkan masing2 buat planning ad hoc..ok done!

Saturday, May 16, 2009

Selamat hari guru..

Hari ni 16 Mei, hari yg paling best utk aku..walaupun aku bukanlah cikgu tapi hari ni adalah hari yang sentiasa ada kat benak aku. Khas utk cikgu2..
Sejak dari tadika, sekolah rendah + sekolah agama, sekolah menengah, matrikulasi n sampai la ke universiti. Bukan setakat tu je, mana kursus atau short course yg aku amik pun aku still anggap semuanya cikgu aku! Sesiapa aje yang pernah mendidik aku, aku ucapkan:


SELAMAT HARI GURU
TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA TUNJUK AJAR DAN PENGORBANAN CIKGU
PASTINYA TAK TERBALAS JASA CIKGU
HANYA YANG MAMPU
UCAPAN TERIMA KASIH...
Sebenarnya aku dah plan utk cuti pd 16 Mei, nak g skolah..tapi hari ni betol2 cuti..hari sabtu daaa..cikgu pun cuti. Haiya.. ;p

Selesai praktikal...

Lambatnya aku update berita ni..kat otak ni kadang2 hilang ayat nak berkata2. Ni pun tak berapa nak ada mo0d utk tulis tp kalau tangguh2 bila mau siapkan?

Bulan lepas aku dah lengkapkan keempat2 praktikal aku sebagai komisar pelatih..mesti ada yang tertanya2 apa tu komisar? tak pernah dengar pun? Kalau ikut kamus DBP Edisi Ke-4, komisar ialah:


1. pegawai parti komunis yg di­tugaskan kpd unit tentera utk mengajar prin­sip dan keunggulan parti;

2. ketua jabatan kerajaan di Rusia sehingga tahun 1946.

Eish2..tak sesuai takrifan tu, sebenarnya komisar ialah orang yang tahu mengenai undang2 dan pentadbiran berbasikal (definisi ni tak la sepenuhnya..ada lagi tp terlupa..aiyakk). Nak kata pengadil, bukan sekadar pengadil...nak kata urusetia..eh lebih daripada tu kerja2 dia..mmm mungkin ada orang payah nak paham tp xpe la..x larat nak explain (sebab tu la aku mmg tak sesuai jadi cikgu! ;p).


Apa2 pun, kali ni aku buat praktikal utk Kejohanan Trek Pelapis Kebangsaan Sirkit 1/2009 di Velodrome KL. Menariknya kali ni, aku bertugas sekali dengan ayah. Ayah pun komisar gak.. Cuma tugas tugas je lain2, utk kejohanan kali ni ayah jadi pengadil.

Velodrome KL


masa kejohanan ni..nama Azizulhasni tak lekang dari bibir emcee


Bila bertugas barulah aku faham mcm mana acara trek dilangsungkan. Banyak acara kat trek ni..ibarat acara trek kat stadium la..ada 100 m, 200 m, 400 m, 4 x 100 m dan sebagainya. Bila kat trek ni, perkara yang paling penting adalah KERJASAMA..hehe mcm kartun wonderpet plak..ape yg penting? KERJASAMA.. ;)

Semua mesti peka bila setiap kali acara berlangsung. Alasan tak tahu tak boleh diterima, bak kata makcik yg pernah aku terserempak kat sebuah negeri ni kata.."ADA MULUT TANYA LE". Hey la makcik, sampai skang ayat tu terngiang2 kat telinga aku ni..



wah..tekunnya aku! hee ;p

Bukan setakat ayah, tapi busu aku pun ada bertugas gak cuma busu bahagian lain...tambah best, saudara aku pun ada gak yg datang tgk.. Mana taknya, dulu ayah aku bekas pelumba basikal negara..tahun 70-an, hadiah dulu xla menarik mcm skang ni..dapat duit, dapat tanah n mcm2. Kalau dulu, ayah kata dapat meddle je..selebihnya keseronokan dan kepuasan utk diri sendiri. Busu n ada beberapa orang lagi saudara aku termasuk la aku pernah jugak join basikal ni. Tapi xla sampai wakil negara..hehe. Jadi acara berbasikal ni mmg dapat perhatian dikalangan ahli keluarga aku sendiri...sebab tu la mereka sanggup datang, tunggu sampai hujan reda semata2 utk memberi sokongan terhadap sukan yang best ni.


sporting bt0l sedara2 aku ;p

ayah..

pelapis negara..

semangat!

bersama sifu..tunjuk ajarku sifu!

Maka selesai sudah praktikal aku..yang pasti bulan Jun ada lagi tugas aku yg bakal menunggu...