Friday, July 31, 2009

wah seronoknye!

OK mari nyanyi..ikut rentak lagu Madu Tiga k..(aaa nak empat..ikut suke korang la, janji nyanyi!). "Senangnye dalam hati..semua program dah abis..seperti dunia ana yang empunya!" yeah!!! Memang best, puas, lega n sampai masa untuk aku rehatkan diri. Syukur Alhamdulillah, semua program Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan U*M 2009 berjaya dilaksanakan. Akhirnya selesai lima2 hari. Lega betul, xtau nak cakap mcm mana cuma boleh senyum sampai telinga :))))))))))))))))))))))))))))))))))




Sekarang adalah masa untuk aku merehatkan diri, tapi mcm biasa manusia hanya merancang n Tuhan yang menentukan. Isnin ada audit lak, Selasa sampai Sabtu kena bertugas untuk Mini Olimpik (Acara Basikal). Minggu lagi satu, kena bagi ceramah n ada pelupusan kimia lak. Aiyakk mcm ni bila boleh bercuti? Tak kan bulan puasa kot!




Aku nak g tgk muvi, makan2, lepak2 dgn kawan..tu yang ada kat kepala aku skang ni. Cita2 nak g Sarawak nampaknya mcm tak kesampaian, haiyaaa..




Ok sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan:




  • tahniah utk Liz yg dah selamat bertunang

  • tahniah utk adik aku byha coz ikut gak jejak langkah aku masuk U*M

  • tahniah utk zam n aren yang selamat diijabkabulkan..sori klau aku jadi pengapit yg tah pape, tak xpernah weh..utk majlis kat Perak rasanya xdpat join la..

  • terima kasih kepada officemate aku yg banyak membantu untuk menjayakan MKKP kali ni..aduh rasa nak pencen la buat program ni.. ;)

  • semoga bos aku cepat sembuh!

  • gudluck utk audit DOSH next week

  • yg last ni yg paling best: utk ibu ayah TQ so MUCH!

Yang pasti badan aku dah lenguh2..aku nak rehattttttttttttttttttttttt! k




Saturday, July 4, 2009

Superwomankah aku?



Minggu ni..ya masih minggu ni...dari isnin lepas sampai hari ni sabtu ade je perkara2 yang buat aku naik darah. Yang pastinya aku sangat diperlukan! Al maklumlah aku ni kann serba boleh.. (hah amik ko, naik lif tekan sendiri..) dari adik2 punya hal, kwn2 sampai la ke opis. Julai ni buat aku tertekan! Sangat tertekan k!!! kalau kat opis anggapkan je ni masalah stress @ w0rk..




saya yg sedia berkhidmat! bukan kerana bos tp tanggungjawab!






Aku tak tau kenape dengan Julai tp yang pasti bulan ni sangat menguji kesabaran aku..mana tak nya bulan ni lah aku kne g induksi selama 6 hari! dan bulan ni jugak lah aku kne handle program untuk tempat kerja aku, bukan setakat opis tapi utk universiti.. start program tu 27hb tapi 26hb kne jadi pengapit...1st time dalam hidup..tu pun kne paksa. So, aku terima je la sebab bukan orang lain pun, kwn aku gak..




Yang paling aku tercabar bila mesy semalam kata bos aku nak buat raptai 26hb! hah? aku kan pengapit mcm mana ni? dah sah2 la orang melayu besanya bersanding tghari..so mana nak sempat buat raptai..tapi bos aku blh bagi kata dua depan2 ahli mesy (depan orang2 opis n pihak luar). "U nak jadi pengapit ke nak keje kat U*M? dengan nada yang keras! Hah mcm ni ke soalan untuk orang yang xpernah bagi excuse utk kerja..selama ni nak suh datang sabtu ahad pun aku no hal..kadang2 mmg aku mengomel gak la kann tapi ala besa la saje2 je..aku kann bujang lagi mestila sabtu ahad adalah hari untuk aku bers0sial! yg penting aku datang jugak. Tapi bila semalam soalan tu diajukan, aku rasa sangat kecewa seolah-olah aku ni tak buat kerja dan tak pernah nak sumbangkan sesuatu untuk kerja aku..




Aku je yang tau ape kat kepala aku ni..kadang2 aku nak cuti pun tak jadi sebab fikirkan kerja tak siap padahal cuti aku berlambak lagi. Aku xperlukan mc n pura2 sakit untuk cuti...mmg tak de kesempatan pun. Aku rasa mcm tak dihargai langsung..kalau ikutkan baran aku ni mmg aku boleh je anta surat untuk letak jawatan..bukan sebab aku nak jadi pengapit tapi sebab aku xperlukan tempat kerja yg tak menghargai pekerjanya! Kalau nak lepaskan semua kerja aku boleh je tapi aku bukan orang yang tak bertanggungjawab, dah aku yg mulakan mestilah aku akan selesaikan jugak! Aku tak takut langsung dengan kata dua tu...




Tu belum lagi pasal adik2 aku, semuanya nak kne ada along dia..haiya SAYA MEMANG ALONG & SAYA SUKA TOLONG! Tapi biar lah berpada, aku pun kene keje, kne ada masa untuk bersuka ria. Aku tak rasa beban dengan permintaan adik2 aku tapi jangan sampai semuanya aku kne ada..korang pun kne berdikari jugak..korang dah besar panjang n panjang drp aku..hehehe ;))




Dalam hal ni, jgn nak kata aku tak pandai urus masa. Masa aku untuk kerja + family + kawan2.. Masa untuk diri sendiri pun tak berapa nak ade.. yang ade masa tido je..




Untuk bercakap mmg senang + mudah as simple as A B C..tapi nak buat n handle satu2 kerja tu kita kne fokus, planning n yang paling penting KERJASAMA. Aku mmg nak ucap terima kasih kepada opismate yg banyak membantu..sgt2 terima kasih, xde korang makanya tergendala la kerja2 ni..Mula2 aku nak tunda g induksi tp ats nasihat beberapa orang kwn aku akan g jugak la..NBO n MZMN nantikan msg2 dari kita/saya untuk kerja2 seterusnya ya..tq jasamu dikenang!


Aku cuma berharap agar marah aku akan kembali reda n dapat teruskan semua urusan seperti dirancangkan! hah, selesai sesi luahan rasa.. ok done!