Friday, February 12, 2010

cari gaduh..

Hari ni aku cutiiiiiiiiiiiiiiiiii...yeay!

Semalam ada perjumpaan dgn kawan2 matrik...menarik! Buat kat rumah kawan aku di Shah Alam...Aku bajet lepas balik keje + itu ini maka aku akan sampai ke sana dlm waktu maghrib. Memang p0n, mana taknya patutnya boleh awal, tp seperti yg aku jangka aku akan ke sana + sesat2 ckit...ye la, setakat seksyen 24 mmg blh ikut signboard tp bila da sampai part jalan2 kecil ni susah gak la...mcm2 jenis jalan yg nama sayur aku jumpa..seingat aku;

jalan rebung, bendi, kubis, sawi, asparagus, cili hijau, cili merah...arghhhhh bukan jalan ni yg aku cari!!! kalau g pasar ni, da penuh tangan kiri kanan pegang barang tau..

landmark yg diberitahu adalah "mak cik yang meniaga bawah payung"..ya Allah, nape dlm byk2 landmark yg ni jugak jadi pilihan?? Aku p0n balas balik kat kawan aku a.k.a tuan rumah.."mak cik tu da tutup kot, dia xmeniaga mlm2" confident walau pun aku xpernah kenal mak cik tu..lantas kawan aku jawab balik.."kepala hotak ko! dia mmg meniaga sampai mlm..."hehehe padan muka aku.. ;p

Tanpa putus asa aku cari dan cari, akhirnya aku buat keputusan utk berhenti depan sekolah keb. seksyen 24...senang sikit kawan aku nak menjemput. Memang tak sia2 kejap je dia da jumpa aku..huh legaaaa.

Bila ramai2 da berkumpul mula la mcm2 cerita tp sebenarnya lebih kepada keadaan huru hara...hehehe perkataan kegemaran aku! Rupa2 nya bukan aku je tunggu depan skolah, ade yg lain p0n sama..aku kat sk0lah rendah, sorang g kat sk0lah mana tah, ~hilang ingatan jap... ;p dan yg tak tahan yang sorang ni tunggu kat sk0lah pendidikan khas! hehehe..Kata aku kpd tuan rumah.."ye la, kami ni orang berilmu" tp utk yg tunggu kat sk0lah khas tu sempat lagi la aku nak tny..ma cacat ape??? hik ;p

0psss sebenarnya ni adalah intr0 je, bukan ni yang aku nak cerita. Begini kesahnya.. Pada suatu hari yang sungguh indah ~al maklum la, cutiiii kan..mmg indah je semuanya. Ok mcm ni, aku da janji utk bawak g beli camera si adik aku yg nak fly t0 adelaide esok ni...jadi pastinya janji mesti ditunaikan, ~hye..ingat cek je ke boleh tunai..janji lagi penting ok. Barang seiapa yg memungkiri janji maka terg0long lah ia dalam g0longan munafik..eh tibe2 aku mcm ustazah plak..~sambil bet0l2 kan tudung..hemmmm ;p

Macam biasa aku la drive...masa nak keluar simpang ~buat pengetahuan kawan2..ini adalah simpang 3 ye. Ok line clear, belah kanan da xde kenderaan, belah kiri lak ada mot0r but masih c0ol or static lagi di situ...aku pun tekan minyak dengan sopan santun dan jalan...tibe2 eh...mot0r ni mana lak datangnya???! Aku berhentikan kereta kat tengah2 jalan/ simpang tu sebab nampak mot0r nak masuk sambil bawa anak dia..kot la anak dia..tp aku sempat lagi la nak tunjuk tangan kat dia..dengan niat supaya dia lebih berhati2 sebelum masuk simpang. Lain2 perasaan ketika itu..takde!

Aku pun meneruskan perjalanan dan tak disangka2 mot0r tadi memecut laju di belakang dan berada di sebelah kereta, aku p0n bukak la cermin kete...aku lupa kata2nya, tp dia menunjukkan rasa tak puas ati..senang cerita marah2..hye ape lagi..ingat aku budak kecik tak tau undang2 ke?? eh kecik sangat aku ni...hihihih. Ayat dia yg melekat kat 0tak aku adalah "Aku dulu"..perghhhh bagi aku ni la statement b0d0h bangang yg tak sayang nyawa.. Setahu aku kita diajar utk masuk simpang bila keadaan da mengizinkan, bukan siapa dulu atau siapa cepat. Aku pun balas balik, mmg bukan nada lembut..aku mmg marah kerana kebod0han orang itu, kesian kat anak dia yg d0k depan mot0r tu...

Selalunya aku bila aku marah, aku akan rasa mcm menggigil kegeraman..tp ni aku marah dalam keadaan relax..mmmm tah la, mungkin sian kat anak dia kot dapat bapak mcm tu punya sengal..huh mmg aku xle tahan dengan orang yg berperangai mcm ni..masuk simpang melulu je, tanpa tgk ade atau tidak kenderaan yg masuk. Bangang!

Maaf la, kali ni entri 2 dlm satu..suka di atas, sakit hati di bawah..tp aku amalkan "buang yg ker0h, amik yg jernih"..dan sgt berharap pak cik tu fikir balik ape yg berlaku di jumaat yg indah ni..moga2 tuhan bukakan pintu hatinya.

"UTAMAKAN KESELAMATAN...INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG"
Malang Tidak Berbau...

Saturday, February 6, 2010

Selesai

Salam...

Lama tak update bl0g ni...jari2ku tak nak bkerjasama dgn 0takku...maka apa yang aku fikirkan tak tertera di skrin ini.

Oleh kerana m00d pada ketika ini adalah tenang, lega dan gembira..maka aku ambil kesempatan utk terus update bl0g yang sudah berlapok ni... ;p

Syukur alhamdulillah..selesai kenduri d0a selamat di rumah. Apa pasal la ayat aku macam buat karangan tingkatan 5 ni??? ~iklan jap: Dulu kalau tulis karangan mesti 500patah perkataan tapi biasanya aku akan tulis lebih..sebab sekali tulis mmg tak boleh nak st0p! Ada je rekaan cerita dr 0takku ini...eh ni da lebih...cukup2.

Kenduri kali ini khas buat adikku yang bakal melanjutkan pelajaran di Adelaide. Syabas beti...tak sangka jemputan melebihi makanan yang di "order"...hallaaaaaaaaa selaku tuan rumah, aku m0hon maaf kepada tetamu yang tak dapat merasa ayam berempah n sambal udang...ampun ye...aku p0n tak sempat merasa!! ;p

Aku sangat berterima kasih kepada "orang surau", tetamu2 jemputan dan juga tetamu yang datang tiba2..hehehehe...datang la ;p Seronok jugak bila kumpul ramai2, cuma aku tak tau mcm mana nak layan orang secara sama rata...Pening jugak!



Apa2 p0n semua da selesai...yang tak selesai, sedikit pinggan mangkung yang perlu dibasuh..haiyakkk penat! Ni p0n masih lagi berbaju kurung....Terima kasih semua yang hadir.