Thursday, January 6, 2011

niat di hati nak bersahaja.. tetapi ter"emosional" pula...

hi..

Hampir seminggu di tahun baru... kali ni tahun baru disambut dengan perasaan yang bercampur baur... gembira dan sedih. Gembira bila aku masih dapat merasa gantian tahun, tahun ni tahun terakhir utk aku berbangga dengan angka 2. Tahun depan jika masih wujud di bumi ini, ohhhhhhhhhh pastinya tiada lagi angka itu!! 

Gembira juga apabila melihat, kawan sekolahku.. kawan sekolah rendah ok... ke jinjang pelamin. Memang rupa ko macam King! King sehari... nampak segak berbaju pengantin. Selamat Pengantin Baru!!

Sedih, perasaan ini tak aku harapkan... cuma tiba2 mendatang bila melihat wajah cikgu yang selalunya ceria + riuh dengan cerita2 terlantar di hospital. Aku masih ingat 20 Ogos 2010, tumpuanku hilang seketika utk bekerja.. Lantas sms sahabat dari bangku sekolah lagi... Azrina untuk temankan aku ke sekolah. Yes, on! Pasti menjadi je kalau berdua.. mudah. Bukan setakat tu, kami sempat lawat cikgu, cikgu bio masa form 4 n 5. Best ok!! Cikgu juga sama rumah hijau dengan kami + cikgu penasihat untuk Kelab Pencinta Alam... 

Sampai di rumah cikgu, macam biasa... telinga kami didendangkan bukan dengan lagu tapi dengan pelbagai cerita2 cikgu, rasa sangat senang dengan keadaan tu. Mungkin da lama tak dengar suara tu, kali ni bukan topik biologi tp pelbagai. ^_^

Sekali lagi, 30 Nov 2010 kami datang jenguk cikgu di rumah... kali ni agak berlainan bila... bila... oh perasaan sedih sila pergi.. syuhhhh syuhhhhhhhhhh... bila kami jumpa cikgu dan cikgu terbaring dikatilnya. Tapi ceritanya seperti biasa.. bisa menghilangkan stress kerja2 ku! Bahagia seketika... Tujuan kali ni adalah untuk bincang mengenai reunion sekolah pada 22 Jan 2011. Cikgu betul2 menyokong + siap nak tubuhkan alumni utk sekolah. Semangat!! Sedang asyik cikgu bercerita... tiba2 mungkin sebak yg cikgu rasa, lantas dipegang tangan Azrina dan teruskan kata2nya. Masa tu, cikgu sedih... sedih juga aku rasakan... cuma ditahan supaya tidak memburukkan keadaan. Ketika tu juga, cikgu ada minta utk kami betulkan keadaannya supaya lebih selesa + sempat lagi tunjukkan ubat2 cikgu.

Jumaat 3 Dis 2010, dapat tahu cikgu di hospital... kami sempat lawat pada 4 Dis lepas je kenduri kawin kawan. Sahabatku Azrina sempat nak beli bunga bagai utk cikgu... ok apa2 aje... Cikgu sambut kami dengan sapaan-sapaan yang meriah... macam biasalahkan... ;)) 

1 Januari 2011... facebook adalah rutin utk aku. Aku terbaca di status cikgu yg mungkin di update oleh anaknya... supaya memaafkan cikgu dan ada dua lagi status daripada cikgu2 aku ttg cikgu... oh seperti sesuatu tidak kena. Lepas g wedding si wan aku n Azrina ke hospital. Di tingkat yang sama, wad yang sama malah katil yang sama. Keliling orang sedang bacakan yassin. Aku lihat cikgu tidak bermaya.. tidak seperti biasa. Antara sedar dan tidak... tak tahan sedih!!

Lebih kurang 9 pagi di hari kedua tahun baru, aku terima panggilan daripada cikgu Mariam yang aku terserempak di hospital semalam, katanya cikgu da tak de. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un... cikgu telah pun kembali ke rahmatullah. Sempat kami jenguk cikgu semalam tapi tak dapat berkata apa2...

Dalam perasaan yang masih bersedih, kami hadir ke pengkebumian cikgu... Buat kali terakhir menatap wajah cikgu, memang da tak dapat nak sembunyikan lagi apa yg tersirat di dalam hati ni... 

Buat arwah Pn Sabrizah, kami tak akan lupa jasa dan pengorbanan cikgu selamanya. Kini tiada lagi cerita2 daripada cikgu, hajat utk berkumpul di reunion juga tak kesampaian dan yg tinggal adalah kenangan + ilmu yang cikgu berikan.

Al Fatihah untuk Pn Sabrizah Mohd Salleh dan takziah buat keluarga cikgu.