Wednesday, September 24, 2014

samseng pejabat...

Penafian : Jangan dibanding tajuk dengan isi.
 
 
Sebelah tangan lengan baju berlipat hingga ke siku, sebelah lagi masih kemas berbutang. Mungkin satu petanda yang tangan berlipat tu sibuk. Hampir sepanjang masa pen di tangan walau pun kini teknologi menguasai. Namun aku memang suka semak kerja secara manual. Nampak seperti tak berapa lestari tapi itulah aku. Senang nak menconteng, kalau semuanya aku betulkan nanti yang membuat kerja itu tidak belajar daripada kesilapan. Jadi inilah kaedahnya sama-sama belajar.
 
Kertas-kertas di atas meja makin hari makin bertambah. Aku tak sabar nak selesaikan semuanya. Lebih-lebih lagi bakal bercuti walau pun sehari tapi terasa rugi. Kalau tak kerana sesuatu yang penting, pasti lokasi aku adalah PEJABAT. Bukanlah gila kerja tetapi rimas bila nampak tapi belum selesai! Tak sangka hampir sebulan aku ditinggalkan *jangan nak fikir bukan-bukan. Terima kasih rakan-rakan sekerja yang banyak membantu. Hebat bila semuanya berjalan tanpa sekatan biar pun pada mulanya nampak seperti bertubi-tubi. Lama-kelamaan serasi dengan tanggungan itu. Dedikasi mereka memang tak disangkal.
 
"biar nampak biasa
biar seperti tiada apa-apa
jangan hanya sekadar kata
yang penting semua hasil adalah nyata"
 
hidup mesti berjasa
walau kudrat tak lagi berdaya
sekurang-kurangnya cetuslah sesuatu di minda
agar ianya sentiasa diguna"
 
Mungkin R hampir kembali...

Tuesday, September 23, 2014

tuhan pun tahu...

"kamu.. kamu.. kamu.. *dengar je laa

Monday, September 22, 2014

cuba try test...

Pernah...
cuba main bakar-bakar?
try panas-panaskan?
test api kemarahan?

Bila bertanya...
belum tentu dapat jawapan
kadang-kadang berjawab dengan soalan
payah jugak bangkitkan kemarahan

Kadang-kadang...
nak tau apa yang ada dalam kepala
nak tau cerita yang terselimut di dada
nak tau tahap kesabaran di sana

Macam mana?
dengan perangai dan ragam yang selalu mencari jalan
saja biarkan jari-jemari menembak dengan perkataan-perkataan
yang pasti mesti ada sasaran

Sebenarnya...
bukanlah berniat jahat
cuma nak tahu apa yang tersemat
agar langkah seterusnya disusun cermat

Aku orang biasa...
salah selalu ada
maaf ku pinta
agar tiada sengketa.

"aku yang biasa, ragam itu ada, cuba elak meneka2" :)

Friday, September 19, 2014

tanpa post...

taip di hp... simpan dalam notes,
di sini... biarkan,
bicara aku kali ini bukan utk tatapan,
segan dipertontonkan,
lagi dikeluarkan,
lebih banyak boleh dibahankan,
jadi aku simpan,
diam2... tiada kata2 dihubungkan,
biar sunyi...

tiada permainan di minda,
tiada ayat2 jiwa,
mungkin aku sedang bersedia,
seperti yg slalu diminta...

Wednesday, September 17, 2014

bahasa itu...

bila rasa...
da biasa
da jadi rutin
da kerap

tiba2...
senyap
jarang2
mcm lain

baru... 
girang itu terasa
senyum sampai ke telinga
makan itu berselera

mungkin kdg2 mmg begini
belum reti membaca lagi
sedaya upaya belajar memahami

"membaca bahasa yg tak difahami perlukan KAMUS utk dirujuk"

Tuesday, September 16, 2014

Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia!
 
Yang pasti kebanyakannya cuti... maka selamat bercuti. Aku? Kerja... habis aktiviti pagi, sambung siapkan report. Esok nak kena hantar. Tapi skang, rehat kejap. Mata tak boleh tahan mengantuk walau pun semalam tdo je, cuma tak pasti la jam berapa. Yang aku tahu kul 1++ still org wsap n tanya pasal aktiviti pagi ni. So aku baca je la, tak mampu jari2 ni nak menaip.
 
Sebenarnya cita-cita aku nak buat rumah depan bulatan tempat aku kerja ni. Senang, rumah n ofce sejengkal. Asal ingat keje je boleh terus sampai ofce. Tak payah nak fikir 18 kali nak datang ke tak. Kalau aku nak tanah dekat bulatan tu boleh tak? Bulatan besar2 pun buat apa. Meh sini aku buat rumah n ada 4 pintu masuk. So mana2 arah yang ko nak datang boleh je. Dari arah tol ke, dari tempat kerja ke, dari pasar malam ke atau dari arah rumah bos. Haaaaa...
 
Mata yang mengantuk ni, patutnya tak payah ditahan. Sorongkan aje dengan bantal. Selesai masalah! Ni yang berbelah bahagi ni, nak terus siapkan report or balik tdo. Lepas tdo, g shopping pun bagus. Macam da lama tak berpoya2 kat shopping mall tu. Haiii la hati, apa laaa yang kau mau?
 
"pandang report...
                pandang hp...
                               pandang pc...."
 
Semuanya menyakitkan hati! *masih berkira2 tentang arah tujuan.... kbai

Monday, September 15, 2014

tak mo kacau...


taipnya begini : tak mo kacau...
Sebenarnya niat tu ada, tapi aku boleh "tak mo kacau" hanya beberapa minit je. Haihhh... aku tipu! tipu diri sendiri... Penat jugak tunggu, ye la takkan nak taip sorang2 kan... aku tanya, aku jawab dlm hati dgn andaian je. Eish, mcm giler!

Ok blaja sabar pulak... tunggu, tunggu lagi.... tunggu dan aku blaja beberapa perkara. Time2 camni... ko kena pandang je la hp tu tanpa taip atau ko taip dan taip je... tanpa reply. Mungkin itu penyebab aku slalu tertido sambil pegang hp. Tunggu sampai tertido... terjaga je pandang lg hp tu. Alahaiii... wahai aku kenapa la tak reti2 bahasa? Bahasa apa yg bole buat aku faham ni? Ok, sebenarnya tak de bahasa yg bole fahamkan aku walau pun bahasa tubuh. Selagi berdaya, selagi mampu... usaha tangga kejayaan... Nak 1000 daya!  

Kesimpulan di sini... "tak mo kacau" adalah ayat dusta dan nista aku. Kalau ya pun, hanyalah utk seketika... hurmmm ada lahh dlm 2-3 minit camtu.  Ada faham?

tak stabil bagaikan...

Kali ni intro biarlah akademik skit...
 
Reputan radioaktif merupakan suatu proses yang membolehkan suatu nukleus tidak stabil menuju kepada keadaan yang lebih stabil. Reputan merupakan transformasi nuklear yang tidak dipengaruhi oleh suhu, tekanan atau faktor luaran yang lain. Kesemua nuklid yang tidak stabil akan menjalani proses pereputan untuk menuju kepada keadaan stabil dengan mengambil tempoh masa yang berbeza-beza dan melalui perubahan tenaga yang juga berbeza (Sukiman Sarmani, 1991).
 
Adakalanya juga aku seperti nuklid yang tidak stabil di mana proses pereputan itu akan berlangsung. Tempoh pereputan yang akan berlaku juga tidak dapat dijangkakan. Faktor yang menyebabkan keadaan tidak stabil untuk setakat ni, satu je faktor yang berkemungkinan. Apa? Tidak perlu dinyatakan kerana kadang-kadang jawapan yang diperlukan ada pada yang bertanya soalan itu. Tempoh pereputan itu juga bergantung kepada cara sesuatu itu ditangani. Haaaa... ayat nuklear sangat ni.
 
Keadaan tidak stabil ini menyebabkan graf jiwa turun naik, kalau time tak de perasaan grafnya pasti mendatar atau secara matematiknya ia berada di paksi X tapi buat seketika ini seperti naik turun yang yang sangat sedikit pada nilai positif dan jatuh menjunam pada nilai negatif dengan banyaknya.
 
 
 
"itu berkadar langsung dengan happy"
 
Berdasarkan formula di atas,  jika dipraktikkan ia boleh memendekkan tempoh pereputan. Sekian.

Sunday, September 14, 2014

tengok tv...


Ye, sedang tengok tv... tengok je tv tu tapi fikiran tah ke mana.... hye2, jangan melayang jauh sgt...!

Semalam terfikir alangkah menariknya jika yang ditunggu itu tidak dicari tapi datang sendiri... mungkin perlu wujudkan tarikan magnet yg kuat agar semuanya tertarik. Semua? Oh tak perlu tamak, satu sudah mencukupi...

Pergerakan mata ini dari tadi ke arah tv dan selang seli dgn jam dinding. tak la cantik pun jam tu... tapi masa yg ditunggu. Kali ni, aku terkehadapan dari masa. Aku pulak yg tertunggu2... terasa lama. Terasa bazirnya masa santai ini.
Beginilah bila angankan yg nyata, yg nyata ada cuma bukan di depan mata!

"tengok tv.pandang jam.sempat juga berangan"



Friday, September 12, 2014

di depan...

bila di depan...

jelas diperhatikan
tapi rasa jauh dari biasa

mata bertentang mata
tak mampu sgt utk menentang
takut yang di atas meja tak larat dihabiskan

bahaya jugak utk dilihat
cara kamu kadang kala meluruhkan jantung
bagai ada yang menarik lalu gugur...

"lepas ni tiada lagi permintaan di depan, di sebelah LEBIH BAIK" ;)

Wednesday, September 10, 2014

;)

perangai itu menceriakan
seolah2 hari mendung yg tiba2 cerah

perangai itu menggamatkan
bagai waktu suram yg tiba2 berpesta

perangai itu meriangkan
seperti hati muram yg tiba2 girang

perangai itu sememangnya ditagih
terima kasih ;)

Tuesday, September 9, 2014

jauh melayang...


Tika ini

Otak seperti layang-layang

Angan-angan membawa ia jauh pergi

Tertarik kembali kerna tali

Terasa jauh tinggalkan realiti

Jarang-jarang ia jauh pergi

Mungkin dunia itu di luar bayangan sendiri

Bebas seketika tanpa ada yang peduli

Tali ditarik begitu teliti

Agar yang indah tak terus terhenti

Namun yang nyata harus kembali

Sedarlah dikau dari mimpi!
 
 
 

reti...!

mungkin seperti tiada hati
mungkin seperti berhati batu
mungkin seperti hati kering

kesimpulan di atas, ahhh semua maksudnya sama... tak de perasaan! kan? tu maksud jelasnya.

Silap!
sangat silap...
mungkin nampak mcm tak ada apa2...
tapi aku punya rasa
punya mudah terasa
lebih2 lagi jika ia mengaitkan kamu

Jangan sekali2 diduga lautan dalam
ada kemungkinan kamu boleh tenggelam
walau berpuluh pelampung di badan
walau tank oksigen kamu dibekalkan

diri ini umpama AMAT MUDAH TERBAKAR
jika dipercikkan dengan api
kebakaran hatinya amat mudah merebak
takut kamu tak tahan bahang yang melanda

ok da... cukup sekadar baraan
mungkin kesejukkan wuduk pagi tadi berjaya meredakan
untuk kamu, apa pun... marah ini tidak pernah berpanjangan
kerana dalam hati penuh dengan taman.



Monday, September 8, 2014

5S

Bersepah... datang office pagi2 memang huru hara meja tu... kertas je, kiri.. kanan.. depan. Nak tengok meja sendiri pun nyampah. Konon2 pagi tu kemas meja dan akhirnya memang sekadar konon2 sebab sampai ke petang sama je keadaannya. Walau pun aku da rasa banyak keje yang selesai atau dalam erti kata lain, kertas2 yang semakkan meja aku da di transfer ke meja orang lain tapi meja tu tetap juara! Juara dengan tahap bersepah! Orang lain punya la kemas, sampai ke keyboard pon dibersihkan. Aku? Ada la bersihkan keyboard tu... tu je la, tu je yang aku buat.
 
Untuk 5S gaya aku... Sepah, Semak, Serabut, Selerak dan last skali Sorok. Esok ada audit, so aku da fikirkan lokasi yang sesuai untuk sorok. Hahahaha... hanya Detective Conan je mampu selesaikan teka teki lokasi tu. Tapi sebenarnya, aku teringin jugak nak tgk meja ni kemas, bersih, tersusun... cuma mungkin aku tak reti buat sendiri. Ibuuuu, tolong sayaaaaa!!
 
 
terasa nak campak kertas atas meja cam daun tu...
 
K la, kemalasan ini tidak membantu utk clear kan meja, lebih baik balik...!
 
 

semuanya itu...

Tagih..
senyum itu
pandangan itu

Suka..
bicara itu
perangai itu

Harap..
peluang itu
kasih itu

Mabuk..
fikiran aku
jiwa aku



"itu semua adalah k.a.m.u"

Friday, September 5, 2014

Bicara hati...

Tetap salah password...! Ok itu sebagai intro. Mana taknya, bila jari2 tak biasa dengan benda yang lama ditinggalkan, nak taip password pun rasa terbeban. Baru perasan hari ni 5 Sept 2014 dan last post untuk 3 tahun sebelum ni juga 5 Sept. Tak sangka tarikh yang sama. Suratan atau kebetulan? Mungkin inilah takdirnya, hahaha ayat mudah untuk tidak berfikir macam2. Terima ketentuan! Ya, itu yang sepatutnya.

Dalam doa hari2 kebelakangan ini adalah... mohon Yang Esa untuk kuatkan hati. Bila doa itu aku mohon, aku bayangkan hati ni salutkan dengan perisai yang tak mungkin dapat ditembus oleh apa jua kesakitan. Hebat tak bayangan aku. Doa dan bayangkan, sambil berharap sangat agar ia dimakbulkan.


pinjam jap gambar ni... cuma bayangan aku hati disalut tu lebih kemas! ;p


Mungkin untuk tempoh tertentu, bicara ini lebih gemar ber chit chat di dalam hati. Haaa, ibarat ko tengok tv yang mute, ada je dialog cuma ko tak dengar. Macam tu la kes aku. Bukannya aku bisu, bukannya aku takut, bukannya aku tak mampu... cuma bicara kali ni biarlah berlegar2 antara hati ke minda dan transfer semula ke hati.

Berkat Jumaat hari ni, aku mohon sekali lagi dan  mungkin akan berkali2 supaya Kau kuatkalah hati ni... Amin.

*Sekian lama tak update, slow juga lompatan sinaps bila nak taip baris2 ayat. Tak pe, mana ada manusia yang Super, mana ada manusia yang Sempurna, mana ada manusia yang Hebat sentiasa... lama2 nnt biasalah tu :)

Salam Jumaat!

password pun salah..!

Tah berapa kali aku blasah je password yang aku tau... salah, salah, salah, cuba lagi, cuba gagal dan tah ke berapa kali baru cuba jaya... haihhh mana taknya da 3 tahun tak update! Macam lama, tapi tak berapa nak rasa. Mungkin sibuk sangat dengan soal duniawi yang mmg tak ke mana ni.

Terasa mcm benda da sangat lama aku tak buat bila hari ni menghadap laptop, layankan je lagu yang ada, massage kaki (mula2 aku rasa nak tendang gak mesin ni sbb geli tahap bewak, tapi ok la bila da lama tu). Niat asal nak tgk muvi kat laptop ni tp citer yg adik2 aku dwload ni tah pape tah... tak menarik perhatian. Ade ke nak layan korea, mmg tak laaa...

Teringat beberapa hari lepas, ayat dalam hati... "bukan senang nak senyum"... baru hari tu aku dapat rasa betapa susahnya nak senyum di kala mmg tak boleh nak senyum... haaaa apa aku cakap ni? Biasa mmg aku la suka main2, ni pagi datang keje dok diam je. Aku tak la pagi datang keje n kepoh satu ofce tp sekurang2nya tak nmpk senyum kat muka, aku senyum dalam hati... heee dalam hati pun boleh senyum, ko apa tau? Patut la senyum itu sedekah, terasa bukan main mahal lagi senyum aku utk hari tu... mungkin gaji pun tak semahal itu. Doa aku, semoga lepas ni senyum itu biarlah terukir walau apa pun keadaan celaru minda + hati ini.

Untuk perkataan yang masih terlekat di otak dan hati ni takkan ku biarkan ia dicuci, kekal la... tak mengapa kerana aku sentiasa positif, untuk aku tak ada satu keputusan pun yg muktamad selagi belum masanya. :)



Selamat malam dunia!