Awak kat mana?
Awak awak kat mana?
Soalan glamer sampai jadi lirik lagu, soalan ni berjaya menghuru-harakan setiap anggota badan... haaaa cuba tgk :
Bila OTAK fikir je awak
Terus JARI capai handphone n taip "awak kat mana?"
Lagi2 la kalau da beberapa ketika senyap je
Kalau lambat je reply, terus dial pulak nombor
Dengan tak semena2 JANTUNG pun laju... sibuk jugak tunggu awak jawab
TELINGA tak putus-putus berharap agar bukan suara perempuan tu yang berkata-kata
MULUT pulak tak sabar-sabar nak tanya soalan yang sama... "awak kat mana?"
Dalam keadaan SEL-SEL otak berhubung dengan pantasnya
Satu bahagian je yang cool... HATI
Macam biasa, dengan keadaan tenang berkata
Awak sentiasa di hati ini.
K da, ke korang sakit hati baca? hahahahah... lantakkan! Aiman tak kesah ;p
R28est
:: w e l c 0 m e t o m y l i f e ::
Friday, December 12, 2014
Thursday, October 23, 2014
tepu....!
kepenatan otak yang keterlaluan
sehingga apa pun aku tak layan
tak larat kepala menahan
semuanya ku lihat tanpa perasaan
keletihan ini sungguh melesukan
otak tak lagi mengawal badan
segalanya aku dibiarkan
mata takut untuk terpejam
risau keadaan yg semakin kejam
jika tak siap... oh mungkinkah aku direjam?
aaaaa tak lagi aku boleh berdiam!
namun aku sentiasa percaya
segalanya berakhir mengikut masa
apa pun cara
bila sampai waktu, itulah penentunya
oh terlupa
aku ada ubat penenang sebenarnya
hanya menelan kata-kata
hati bisa reda... :)
Wednesday, October 22, 2014
gelap gelita...
Selesai tugas di pulau... hasilnya, kegelapan melanda. Tak nampak? Memang haruslah... ko kena suluh dalam terang baru jumpa muka. Haihhh... bila tengok cermin, ko boleh sedapkan hati dengan kata-kata "hitam itu menawan". Padahal ko sendiri tak sanggup tengok tahap kegelapan ala2 arang batu! Nak kata aku putih... cerah... terang sebelum ni, tak jugak tapi sekurang-kurangnya mampu lagi nak tengok diri sendiri tanpa cahaya bila depan cermin. Kali ni....a a a a a a a................... ok jerit pun tak de guna. Happy Deepavali. Kbye!
eh mana aku?
Tuesday, October 21, 2014
Hari yang macam-macam...
20.10.2014
Hari ini dalam kenangan
Tak sangka terjadi macam-macam kejadian
Risau, gelisah tidak tersimpan
Hanya bahagia menjadi teman
Keluar pagi mencari rezeki
Dengan semangat hadirkan diri
Terjadi pula sesuatu tak diingini
Kereta berasap di bawah matahari
Hentikan enjin tanpa peduli
Padahal kereta di lorong kanan sekali
Orang pertama ayah dihubungi
Bantuan diterima drp bos sendiri
Perjalanan harus diteruskan jua
Dengan bos ku tumpang kereta
Lambat hadir maaf dipinta
Mesyuarat terakhir sebagai persiapan kerja
Yakin semua adalah ketentuan
Ada hikmah di sebalik dugaan
Mungkin ini aturan Tuhan
Buat aku sebagai permulaan
Terima hasrat 1/2 hari cuti
Aku baca dgn sayu hati
Begitu mudah kamu offer diri
Sesungguhnya aku sgt hargai
Terima kasih kerana ada
Kereta, kerja bukan lagi fokus utama
Semuanya dilupakan seketika
Oh tenteramnya terasa
Gelak tawa ceriakan jiwa
Senyuman kamu jelas di mata
Ragam itu buat aku selesa
Hari yang panjang terasa sempurna
"Terima kasih... :)"
Hari ini dalam kenangan
Tak sangka terjadi macam-macam kejadian
Risau, gelisah tidak tersimpan
Hanya bahagia menjadi teman
Keluar pagi mencari rezeki
Dengan semangat hadirkan diri
Terjadi pula sesuatu tak diingini
Kereta berasap di bawah matahari
Hentikan enjin tanpa peduli
Padahal kereta di lorong kanan sekali
Orang pertama ayah dihubungi
Bantuan diterima drp bos sendiri
Perjalanan harus diteruskan jua
Dengan bos ku tumpang kereta
Lambat hadir maaf dipinta
Mesyuarat terakhir sebagai persiapan kerja
Yakin semua adalah ketentuan
Ada hikmah di sebalik dugaan
Mungkin ini aturan Tuhan
Buat aku sebagai permulaan
Terima hasrat 1/2 hari cuti
Aku baca dgn sayu hati
Begitu mudah kamu offer diri
Sesungguhnya aku sgt hargai
Terima kasih kerana ada
Kereta, kerja bukan lagi fokus utama
Semuanya dilupakan seketika
Oh tenteramnya terasa
Gelak tawa ceriakan jiwa
Senyuman kamu jelas di mata
Ragam itu buat aku selesa
Hari yang panjang terasa sempurna
"Terima kasih... :)"
Monday, October 13, 2014
pangkah setiap hari...
jari-jemari dikira-kira
bilang-bilang terasa lama
oh entahlah mengapa ini jadinya
mungkin sebab jauh di mata
hari-hari selalu ingatkan
ia bukan sekadar pesanan
bukan juga satu arahan
tambah-tambah lagi sebagai amaran
ia datang drp perasaan
kerana tersimpannya dlm ingatan
"jaga diri, jaga kesihatan"
kata-kata seperti rutin harian
jangan sekali-kali tak hiraukan
jangan pernah cuba utk abaikan
kerana semuanya bukan teks ucapan
tapi kasih yg cuba diluahkan
biar tak nampak tapi terasa
biar jauh namun tetap ada
kadang sepi tanpa berita
kerana kesibukan itu memenuhi masa.
Tuesday, October 7, 2014
Suara...
Bukan senang-senang nak dengar arahan
Lagi-lagi yang berbaur ugutan
Ahhh takkan dilayan
Tak pernah pulak nak ditakutkan
Memang selalunya aku tak heran
Mungkin kadang-kadang inilah penyebab derhaka
Berdarah Jebat agaknya
Memanjang tak hiraukan kata-kata
Selagi mampu untuk merealisasikan kerja
Aku on je plan yang ada
Tapi suara itu bisa menerbalikkan semuanya
Tanpa paksaan aku ikutkan saja
Pelik bila aku mampu menurutkan kata
Eh apa la agaknya bahasa yang diguna
Sehingga aku leka
Dengan hanya bersuara
Senyum terukir di merata
Di bibir, di hati, di minda
Sesungguhnya itu satu petanda
Yang kamu memang BERJAYA
:)
Lagi-lagi yang berbaur ugutan
Ahhh takkan dilayan
Tak pernah pulak nak ditakutkan
Memang selalunya aku tak heran
Mungkin kadang-kadang inilah penyebab derhaka
Berdarah Jebat agaknya
Memanjang tak hiraukan kata-kata
Selagi mampu untuk merealisasikan kerja
Aku on je plan yang ada
Tapi suara itu bisa menerbalikkan semuanya
Tanpa paksaan aku ikutkan saja
Pelik bila aku mampu menurutkan kata
Eh apa la agaknya bahasa yang diguna
Sehingga aku leka
Dengan hanya bersuara
Senyum terukir di merata
Di bibir, di hati, di minda
Sesungguhnya itu satu petanda
Yang kamu memang BERJAYA
:)
Wednesday, October 1, 2014
suntuk...
Sebenarnya tak de ayat kat kepala ni, sebab semua ayat da tertulis dalam surat. Makanya ayat formal je yang ada. Bila yang formal keluar, semua kata-kata adalah satu kenyataan. Ok da la tu intro yang bosan... ;p
Sekarang ni terasa seperti bertubi-tubi kertas kat atas meja. Tak larat nak tengok. Kadang-kadang baca pun tak faham. Bukan tak reti bahasa yang tertulis tapi sangat tak boleh ditafsirkan ayat-ayat dalam surat tu. Akhirnya tengok, pandang, tenung je la. *ok time ni aku berjaya tepuk nyamuk sampai mati, ko kan nyamuk... kat office pun nak kacau orang! Eish..!! Misi minggu ni pastikan semua kertas bukan lagi atas meja aku.. tu je. Walau berat yang dipikul itu kadang-kadang menyesakkan kepala tapi majoriti di otak ni adalah kamu. Haaa, tu maksudnya... kerja-kerja ni berada di celah-celahan je. Hebat betul kamu!
Tepu... nak balik... kbai!
Subscribe to:
Posts (Atom)