Hi..lama betul tak menulis, banyak benda sebenarnya dah berlaku..cuma terlalu xrajin utk update blog ni...mmmm ape aku nak cerita ni eh?? ok la cerita sikit pasal raya laaa..(ceh, sebenarnya alasan..coz ada byk gambar raya jadi blh tulis sikit je...hehehe ;p)
Macam biasa setiap tahun aku akan beraya di KL...orang tany xsedih ke xbalik kg?? eish itulah soalan yg paling tidak memahami diri ini...akukan mmg orang KL, ayah dan ibu juga lahir di KL. Kalau balik kg hanya ada sebuah rumah usah yg didiami oleh kelawar...oleh itu perlu ke aku balik kg?? Saudara mara semuanya duduk di area KL/ Selangor... Kata orang lagi...KL sunyi, jalan raya lengang boleh guling2...hah, mmg bagus la lengang sebab memudahkan perjalanan kami ke rumah saudara mara...barulah masa ni aku terasa terhindar dari hiruk pikuk.... (tersirat: sebenarnya siapa yg meramaikan manusia di KL?? menghuru harakan?? meriuh rendahkan??).
Orang mungkin hairan bila aku cakap saudara mara area KL/Selangor...tapi ape aku kesah, cak cak cak...hehehe. Mmg betul pun, satu hari punya jalan xkan habis melawat pun... Kata orang lagi, bila balik kg seronok, boleh kumpul ramai2 kat rumah nenek atok. Jadi keseronokannya hanyalah berkumpulkan?? berjumpa sanak saudara... Begitu juga dgn kami di KL... bezanya adalah, korang keje kat KL, mak ayah ditinggalkan di kg or atok nenek masih hidup di kampung tu.. Aku pula...keje di Selangor, mmg duduk dgn family...jadi kampung apekah aku nak balik?? Mestilah aku kne menghadap ibu dan ayah kan?? hari2 ok aku buat mcm tu...maka hari2 balik kg..hehe
Bagi aku, aku sgt beruntung kerana tak perlu berjauhan dgn keluarga. Hari2 makan makanan yg ibu masak..sedap tak terkata!! Kawan2 pun mmg ramai sgt kat sini, maklumlah aku sekolah rendah n menengah di sini juga...Di sinilah kampung halaman ku...skali skala bila ke tempat sunyi aku dah rasa sgt BOSAN kerana tak biasa...kata orang lagi, seronok dengar bunyi cengkerik di malam hari...mmmm mungkin, tapi utk 1 hari je kot bagi aku, lebih dari tu...pasti aku akan mati akal...tak tau ape nak buat.
Jadi terpulanglah kepada selera masing2...yg penting usah pertikaikan beraya di bandar kerana sesungguhnya di sinilah tempat tumpah darah ku! ;))
2 comments:
yela makcik woi.....
pakcik S size
hehe~ ye la jugak.
--> tapi bnyak kampung sekarang dah maju.. x macam dedolu.. so x de la mati akal kalau balik kg...
--> tpi yg x best, bila dah ramai org balik beraya, habis jadi sesak.. aq slalu wonder.. kenapa orang dari KL nun slalu nak sibuk bershopping kat Kota Bharu (maklumla aq orang Kelantan)? Bukanke kat KL nun bnyak shopping complex? Menyusahkan aq betul.. Dah la aq suka shopping last minute~ xD
Post a Comment