Tuesday, June 30, 2009

sekali sesat jalan daaa..

yeahh..dah abis masa keje! Letih sangat skang ni..ni semuanya pasal program hujung Julai nanti. Otak aku dah tak keruan dah..mcm2 nak fikir. Oleh kerana dah lama tak update bl0g ni..aku pun ambil kesempatan LEPAS waktu bekerja untuk update..





Pada 20 & 21 Jun yang lepas aku berkesempatan untuk jadi Komisar bagi Petaling Jaya Cup 2009. Dipendekkan cerita, masa hari kedua aku bertugas sebagai Motocom 3 bagi acara road race 150 km. Perghhh naik motor lak tu, kalau naik kereta ape ade kesah... Macam ni ceritanya:


Aku mmg tak kesah naik motor, bukan aku bawa pun..dok blakang je, pegang fail + pen tapi wisel + st0pwatch jangan dilupakan. Mula2 mmg best, sgt best..mana taknya sume jalan polis trafik yang jaga..tak payah berhenti untuk lampu merah. Kat atas lak helikopter pun ada...meriah..ala2 Le Tour de Langkawi lak..hik ;p


Motocom 1



Tugas aku untuk jaga pelumba yang tercicir...aku rasa dlm separuh perjalanan, mmg dah ramai naik broom. Hah korang tak payah malu naik broom tu, klu tak larat mengaku je la, jgn nak tunjuk terer kayuh sampai nangess..(acah je, xde p0n rider yg nangesss..citer nak lebat!) Aku kagum sebenarnya tgk rider yang xpernah kenal erti putus asa..cuma aku je putus asa bila tgk rider yang tercicir kat blakang..kata chief, 3 minit tertinggal...silalah naik broom yang diketuai oleh Mien..kann mien kann..


Ada dua orang rider dari kelab yang berlainan tak moh naik broom kecuali katanya tayar pancit. Eish, ni xboleh jadi..kalau mcm tu, pukul berapa nak sampai finishing line? tunggu maghribkah? Aku pun ambil time then keja pelumba yang kat depan, carik punya carik...aiii mana daaa? laju nye korang kayuh...dengan kelajuan motor pun aku + marshall tak dapat kejar. Ni musykil ni.. Dorang kayuh dengan kelajuan cahaya ke? ;p


Aku + marshall yang tak sempat aku tanya nama pun still memecut laju..mmg ajaib, tak jumpa! Masuk simpang...ok mcm dah betul ni...sekali aik, nape kita lalu kat sini lagi? Aku pun mintak lah En. Marshall patah balik...masuk simpang tadi..hahh jumpa pun sorang rider + marshall + kereta MB**. Ye ye dah jumpa jalan..skali polis berkereta tanya aku, tau jalan tak? hah? apekah? bukan ke encik polis bersama2 dgn pelumba ni...rupa-rupanya dia polis peronda daa. Aku pun dongak tengok langit yang terbentang luas...mana la helikopter tadi? aiy0ooo y0ooo tak de..sesat jauh sudah ni... Ape lagi, en polis pun kata, ok j0m ikut saya...orait...i will foll0w u! (dah mcm badut kuning dah aku ni..).

Masa kat atas motor aku sempat cakap kat marshall, abis la kalau rider yang tercicir ni sampai dulu..perghhh mmg masin mulut aku..rasa mcm minum air lautt lak..Memang dia sampai dulu! en polis bawak jalan shortcut...tak lalu laluan perlumbaan. hey mcm mana aku boleh sesat aku pun tak tau...nak kata tak baca doa naik kenderaan..eh, aku baca pe (thanks liz, klau ko xpaksa aku suh hapal d0a tu, sampai skang p0n blm tentu lagi). Ada ke kaitan sesat n doa? T0long jwb klau ade ustaz tu ye..

Ape2 pun selamat sampai ke garisan penamat (patutnya aku ni antara orang terakhir yg sampai, ni sampai terawal lak..). Terima kasih En. Polis! Lepas 3 Jam atas motor, aku pun turun untuk melaporkan..hah mcm itu Karam Singh Walia lak.. ;) Masa jalan aku tak pasti kaki aku jejak tanah ke tak..semacam je.. Lepas turun motor tu, tak de maknanya aku boleh catwalk!! aah model sungguh! Dah mcm gorila aku berjalan..haiyaa..manyak teruk woo..

cantek ke jalan mcm sblh m0del tu?

Wednesday, June 17, 2009

mana hilangnya..?


Sejak kebelakangan ni ade je barang aku yg dicari2 tp tak jumpa2..tah mana hilangnya. Aku salah letak ke? tertinggal masa g travel ke? adik aku yang suka mengemas tu sorokkan ke? entah la..aku p0n dah bosan mencari. Kali ni charger bateri kamera yg hilang...mana ni? kalau la boleh miss call kan bagus..


0h charger di mana kau!


Kebiasaanya bila aku yang cari barang mmg slalu tak jumpa..nak kata cari dengan hidung, eh aku masih gunakan mata utk tengok, nak kata aku cari guna lutut lagi la tak logik c0z mata aku kat bawah dahi je..tak turun sampai lutut p0n.. ;p


Kalau pagi2 aku nak g keje, soalan wajib di pagi hari aku:


aku: "bu, nampak tak along punya....." (barang yg aku cari la)


tak kesah la stokin ke, tudung ke, br00ch ke..pape je la. Tapi bila ibu tolong carikan kejap je jumpa...magic betul, nape aku cari tak jumpa? musykil..


Balik kat cerita asal, aku cari charger bateri kamera ni ada dalam sebulan tapi sampai skang tak jumpa2..pelik betul. Leceh la nak cari2 ni..aiy0oo mana daa ini charger???


-aku yang dalam kekeliruan-

Wednesday, June 3, 2009

Pulanglah..(ala2 merayu ;p)


Minggu ni agak bosan...separuh daripada rakan2 opis ku ke Melaka jadi urusetia kursus. Aku gembira sebab tak pergi skali. Nak tau nape? hehe c0z aku adalah "uruyangtaksetia".. Mungkin dah berkali2 aku setia menguruskan kursus2, kali ni nak jadi tanggang lak! ;p

tanggang versi perempuan! (eii xnak lah..)




Tapi disebabkan ketiadaan mereka ni, aku mati akal..tak boleh nak bergurau atau bergaduh! Duh, bosan sungguh..pulanglah rakan2 ku..(nanges dlm hati palsuku!). Nak buat kerja pun xde mud, walaupun projek bln 7 ni dah dekat sangat. Tah ape yang aku tunggu pun aku xtau. Bukan berniat nak makan gaji buta tp ilham xdatang lagi la. Semua plan dah ade, tapi sekadar atas kertas. Kerja2 fizikal belum lagi...yang membuatkan aku nak hangin, bila aku tempah dewan utk perasmian..makcik tu blh batalkan tanpa reas0n. huh! Ibarat bermain api di lautan bara...(arkk ape aku merepek ni?)
Balik la cepat! Walau pun korang balik esok tapi..cepat sikit bley x? Bosan la..