Thursday, December 2, 2010

R Quotes...

Andai kamu seorang kawan, pasti hati telah tertawan
Andai kamu bergelar sahabat, pasti kamu orang yg hebat
Andai kamu menjadi teman, kamu adalah penyambung warisan
Andai kamu seperti tersenarai, ketahuilah bahawa kamu sangat dihargai

Tiada istilah delete kawan, sahabat mahu pun teman di hati
Kerana storage untuk kalian terlalu besar dan permenant
Tiada satu pun yang akan terkeluar
Biar berapa pun yang masuk
Kamu tetap dalam memory ingatan ku

Jika ada yang terasa diketepi
Mohon dimaafi
Tiada niat di hati
Mungkin terleka dibuai mimpi
Sehingga terlupa bahawa kamu ada di sini….




Friday, November 12, 2010

seloka...

Muka manis bukanlah bergula
Hati riang tak semestinya bercinta
Jiwa tenteram pastinya anugerah sang Pencipta
0h begitu hebat jika begini setiap masa!

Kadang-kadang terkecil hati
Bukan sengaja tapi inilah realiti
Hidup bukan sentiasa hepi
Usah risau ini cuma dugaan Ilahi

Jika semalam...





Hari ni dan harap kekal selamanya...


You make serious face like this, you scare away good energy. To meditate, only you must smile. Smile with face, smile with mind, and good energy will come to you and clear away dirty energy. Even smile in your liver."
Ketut (Eat Pray Love)

A smile is happiness you'll find right under your nose. 
Tom Wilson (American Cartoonist)

Thursday, October 28, 2010

situasi dan persepsi...

kali ni aku nak kupas buah eh... kupas sesuatu yang kita sering dengar...

"kalau makan... jangan bercakap"... aip! besa dia tu.. ohh yang ni ayat tambahan aku.. drama nak lebihhh.. :p

Situasi I:

dulu (yang ni hanya bayangan aku... tapi aku pasti ada logiknya.. *perasan!)

Orang dulu-dulu kerja membanting tulang 4 kerat... toreh getah, g sawah, turun laut, menebas, membajak dan yang sewaktu dengannya... untuk mencari sesuap nasi kononnya... memang tak kenyang la.. :p

Persepsi R:

Maka bila mengadap makanan pasti diam... bukan sebab apa... lapar lagi pun kat tempat macam tu mana ada cafe, kantin, mamak, mc D, KFC dan segala macam bagaikan??

Dalam keadaan penat + lapar pasti tak de masa nak sembang2, cerita2 atau nak buat lawak bodoh masa tu.. tak kan.. kalau ada orang tanya soalan pun, belum tentu dapat jawapan... kalaulah ada.. jawapan tu mestilah sekadar... ermmm... u uhhhh... mmmmm.. angguk2.. geleng2 kepala... (pernah tengok tak?)

Situasi semasa makan adalah senyap + sunyi sepi... boleh dengar bunyik cengkerik... kalau ada pun bunyik sudu yg diletakkan kat pinggan.. tah2 jantung berdegup pun boleh dengar... hihi

Situasi II:

Sekarang (zaman moden + berteknologi + berduit)

Kerja orang sekarang tak la membanting sangat tulang 4 kerat tu... mana tak nya, orang skang keje dalam office, ada aircond, duduk atas kerusi yang ergonomik, tak kena pun matahari.. al maklumlah ada tirai bagai... kalau kuar terkenalah pancaran matahari tu.. katanya sunburn, tak tahan panas, adehhh basah baju da ni... pakai sunglass ala2 paris hilt0n... erkkkk ;p

Tapi yang pasti 0tak digunakan untuk buat kerja2... so letihnya otak + fizikal = penat satu badan.. bila jadi macam ni, macam2 pulak boleh kita dengar... nanti balik keje ni.. i nak g salun la.. i pulak nak g spa.. hurmmm i... tak nak kalah punya pasal... i nak bercuti kat oversea... *ehem ehem.. kecaman demi kecaman aku bagi ni... sape2 terasa kira nasib la ye...

ha.. berbalik kat topik kita.. pasal makan dan bercakap...

Persepsi R:

Tempat makan bukan main banyak skang ni... jadi tak ada yang mati kebulur... kebanyakannya mati kekenyangan + berpenyakit akibat makan jugak... haa da makan tak hingat dunia.. macam tu la jadinya! Kalau kita perhatikan, tempat makan skang ni punyalah riuh rendah + huru  hara da macam pasar... meriahh orang kita bila dapat makan, bukan main suka lagi. Jangan kata bunyik jantung, bunyik handphone kat poket or atas meja pun kadang2 tak perasan! Maka, dulunya makan tak bercakap da bertukar jadi sambil makan sambil bersembang.. tak kira la, cakap kosong, sembang hal bisnes, lawak bodoh, ngumpat orang sebelah, mengata orang office erkkk ke mengata bos? gulp! cerita kesah2 silam, kisah hati dan perasaan dan macam2 laaa... kat mana2 p0n... itulah trend skang ni.

Bukan setakat tu, kat tempat makan skang kecuali lori yg jual cendol + rojak... da ada wifi.. ha.. lagi lama la orang nak abis kan makan... Mana taknya, sekali suap... pastu nak online fesbuk lak... suap lagi.. kawan da bagi komen kat status.. satu suap lagi nak balas komen kawan tu.. akhirnya sampai la kedai nak tutup makanan ada lagi kat pinggan, air panas da jadi sejuk, air sejuk melampau da jadi air bersuhu bilik.... abis meja basah... tisu berkotak2 ditarik nak lap meja berair + lap tangan + mulut + handphone tu.

Ha.. macam tu kalau rehat 1 jam memang la tak cukup kannn... tu la bezanya masa makan dahulu n masa makan skang... tu kalau kat luar laa.. kalau kat dalam rumah pulak, tengok aje la cerita/drama melayu..mesti bila time makan, masa tu la time bersembang... bukan apa... kalau kita fikir secara positif... masa makan la kita dapat kumpul sesama so, masa tu la semua ambil kesempatan bertanyakan apa2 je yang tersirat.

Realiti:

Aku tulis kisah ni sebab kadang2 bila da terlalu lapar, kita memang akan makan dengan kusyuknya.. sampaikan bila ada soalan2 yang ditujukan.. aku rasa nak hanginnn je.. tak nampak ke orang tengah lapau ni.. biarlah makan ni abis dulu! (sebab tu aku fikir... patut la orang dulu2 pesan... bila makan jangan bercakap) sib baik dia tak tambah... letak jari di mulut! hihi... da macam budak tadika beratur nak masuk kelas lak... kalau dia suh buat mcm ni... mcm ne makanan nak masuk mulut? ;p

Tapi bila kita dalam keadaan santai, perut pun tak berapa lapar... mmg la akan berlaku makan2 + minum2 sambil sembang2.. sangat seronok masa tu... happy je... lagi2 dapat online... erkkkkkkkkkkkk

Itu adalah persepsi aku mengikut situasi...

T A M A T


Sunday, October 24, 2010

orang kata dan kata aku...

beginilah selalunya aku dikaitkan:

bila kaki melangkah orang kata aku berkawad tak pun berjalan sepantas kilat,
sebenarnya aku tak reti jalan perlahan.. penat!

bila mula bersuara orang kata aku berdebat,
oh mana mungkin.. aku hanya menjelaskan perkara yang tersirat..


bila akal sedang berfikir orang kata aku merenung tepat,
ye ke?? mungkin kerana lompatan sinaps yang sedang ligat..

bila diam seribu bahasa orang kata aku tak boleh disakat..
namun sebenarnya aku sedang memikir ayat!

Thursday, October 14, 2010

perbicaraan bermula...

Memaksa mata untuk terus berjaga..

Membiarkan otak yang selama ini bersantai mula berfikir tentang perkara nyata..

Oh sudah cukup masa untuk berfantasi di alam maya.. tiada kesudahannya!

Laptop + broadband + connect = alam maya (semaya fikiran jika tidak dikawal)

Sepatutnya jari jemari ini menaip laporan yang harus aku siapkan, bukannya asyik tekan button up + down untuk membaca status terkini rakan-rakan di facebook. Penat sudah dengan sikap sendiri yang suka menangguhkan kerja yang sepatutnya!!

Otak kini seolah-olah berada di awang awangan…

Satu pertiga..nyata
Satu pertiga lagi di alam maya
Bakinya.. masih berkhayal

Tak ke mana jika terus begini…

Arah tujuan harus dicari.. jelas itu yang pasti! Bukan hanya menanti dan berharap tanpa bertindak.

Monday, October 11, 2010

percaturan minda..

Seperti mentol berada  di atas kepala..
Seperti cahaya yang terang di hujung jalan..
Seperti hati yang telah terbuka dan diterangi nur..
Namun langkah masih belum berani dibuka... bukan kerana takut, tapi memikirkan adakah ini langkah yang betul atau sebaliknya...
Pendirian aku yang cukup mudah:
"kita atur strategi.. tapi pastikan bukan kita yang kena checkmate!"
Sehingga hari ini masih mencari, jawapan kepada yang dicari hampir menuju ke sasaran.
Mengikut statistik R, soalan ini sudah berkali2 ditanya dan antara soalan glamer.. uhhh tak mudah utk melaksanakannya namun jika langkah pertama tak dibuka manakan dapat kita pergi ke penghujungnya.
Insya Allah sedikit masa lagi, jika dipermudahkan segala laluan pasti akan ku hampiri.

Hidup ni;
kalau tak sentiasa bersedia.. ibarat pahlawan yang bakal tumbang.
kalau sia2kan peluang.. ibarat makan yang dibazirkan.
kalau tidak berfikir.. ibarat besi dibiarkan berkarat.

Maka aku sentiasa suka dengan kata2 Ibnu Sina:
"Aku rela hidup pendek dengan berisi daripada hidup panjang yang kosong"

dan ayat yang selalu menjadi pencetus minda R utk mengatur strategi adalah:
"imagination is more important than knowledge"
- Albert Einstein -

: : masih sedang berfikir : :

Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri 2010..

Salam

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin buat semua...

Baru je dapat sedikit m0mentum untuk menaip + mengarang ni.. huhu punya la lama terbiar bl0g ni. Sian ko kann.. dapat tuan mcm aku..

Sampai skang ni.. aku masih dapat baca keluhan rakan2 kat fesbuk sebab da mula bekerja.. Kadang2 rasa pelik jugak sebab salah ke beraya di tempat kerja? Mesti ke raya hanya di kampung atau rumah atau asal raya je kena cuti.. asal cuti je raya? haaa.. ye ke?? e eh.. ter'emo' pulekk.. bukan apa, aku tak suka sangat bila orang asik2 mengeluh pasal kerja.. kalau da malas, sila la duduk aje kat umah tak payah kerja2.. ni merupakan satu kecaman drp aku yang bernama R.. hihi peace2 :p

Opss jangan ler terasa lak atau bak terma GENG BEST "berhati kambing"... mmmmbekkkk!!

Disebabkan masih syawal lagi, aku p0n ambil kesempatan nak citer sikit pasal raya.. Tema raya: Sempoi! Al maklumlah, selalu semua ahli keluarga ada depan mata tapi kali ni kurang s0rang, so pagi2 raya da skype.. Macam2 permintaan drp si adik aku s0rang ni... nak tgk kita makan la, suh tunjukkan menu raya la.. Persiapan p0n besa2 gak.. tak de la aku or lain2 ahli keluarga ghairah nak membeli belah ikut warna tema mcm sebelum ni.. Semua p0n macam tak de perasaan nak raya.. huhu.. Kalau aku, lagu raya p0n aku tanak dengar! Tak best la bila kurang sorang ni... tapi tak de la sampai sedih/hiba/sebak.. cuma perasaan tu mmg tak de... Asal dengar lagu raya je aku tukar channel, paling senang pasang CD yang kawan aku tinggal kan dlm kete.. lagu pilihan Aishiteru.. hihi sila google sendiri @ kat u-tube p0n ade... erkkkk tetiba terpromote lakk.. ;p

Cukup la tu citer pasal raya ni.. nanti kalau panjang umur bulan Dis ni baru rasa raya.. hihi :p

Sunday, August 1, 2010

nyamuk....fuhhhhhhh

Hi...

Kali ni aku tulis ikhlas dari hati tanpa laser drp kawan...hihiihi ;p

Tapi tulis p0n disebabkan oleh faktor persekitaran yang gelap, maka ada sang nyamuk yang d0k menyibuk teman aku ber"faceb00k"...hishhh semak bet0l la!

Sebenarnya aku memang tak pandai nak tepuk a.k.a bunuh nyamuk ni...mesti tak kena!! Adakah angin drp kelajuan tangan aku menyebabkan nyamuk tu terbang dulu sblm ditepuk atau memang tangan aku bukan tangan pembunuh...pembunuh nyamuk...jangan salah sangka lak ye... heeeeeeeeeee ;p

Biasanya bila nampak nyamuk, dengan rasa keperimanusiaan aku tiup je nyamuk tu.... fuhhhhhhhhhhhh.....  ha mulia kan aku??? Tapi oleh kerana sekarang ni ramai yang mati akibat nyamuk, aku p0n kon0n2 nya berwaspada laaa...nak tepuk eh bunuh tapi sangat jarang yang mati di tangan aku ni...

Aku da cuba sebaik mungkin nak tepuk nyamuk...tapi mesti si nyamuk tu sempat terbang, haihhh...ini boleh membangkitkan kemarahan!! Paling senang spray je....tu p0n tak mati, pengsan sekejap...kebal bet0l la... Kalau spray byk2 lak...orang yg matiiii...nyamuk??? pas 2-3 minit leh terbang balik...aiy0oooo mmg hangin je...

Pasal nyamuk p0n aku bleh tulis kat sini...glamer bet0l ko kannn nyamuk...nyampah aku!! Hye nyamuk, jgn skali kali ko lalu kat telinga aku...tu mmg satu kepantangan!! 0k cukup...kisah sang nyamuk yg menyib0k!


Wednesday, July 21, 2010

wah wah wah....

salam...

Aku bukanlah menulis kerana HENDAK menulis tapi kerana kata2 eh salah laser k0nonnya daripada seorang kawan yang suka berlariiiiii.... ;p

Wah2...kemain lagi ye kawanku s0rang tue...setakat laser dalam kategori sinaran tak mengi0n tu apa la sangat...tak heran...bagi sinaran mengi0n kang baru tau...hurmmm kawanku, tau ke apa maksudnya tu??? iihihhi google search je la ye....

Sekarang ni aku berulang-alik ke PP*** bagi menjayakan program tahunan. Kerjanya tak la mudah yang disangka dan tak la susah sehingga tak dapat dijayakan, apa yang penting semangat untuk menjayakan dan menyelesaikan sesuatu perkara! en kawan, kalau kita kerja p0n dikira ibadat kannn??? lalalalalalala ;p

Sebenarnya aku sangat tak sabar nak sudahkan apa yang dirancang ni, nak tengok OUTCOME nya. Harapan aku, sambutan daripada tuan tanah dan penghuni2nya memberansangkan dan boleh memberi impak yang besar dalam menjalankan tugas selepas ni. Haihhhh, tetiba ayat cam f0rmal lak...mana ayat mengar0t aku ni?? hey la ayat...sila datang sekarang!

0h ye, oleh kerana tugasan ini, aku agak kurang utk bers0sial dgn kawan2 rapatku....bukan kerana s.o.m.b.o.n.g tapi aku tak de kesempatan utk memikirkan perkara lain selain kerja...bak kata sudin "selagi belum tutup mata, keje...keje...keje" memang tepat barisan kata2 tu.

Da alang2 menulis ni, wahai en kawanku...nanti kita plan buka puasa dgn kawan2 matrik mcm yg lepas2 boleh???

Alangkah ser0noknya jika dapat bercuti lagi....

April lepas aku di Jakarta-Bandung...mcm tahun melawat INDONESIA lak... ;p


Tuesday, June 29, 2010

bulan itu kembali tiba...

salam...

ohhh tidak bulan ni da nak sampai penghujung dan bulan itu kembali tibaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... Dalam banyak2 bulan, bulan itu paling menguji tahap kesabaran tapi bila selesai je bulan itu aku pasti akan bercutiiiiiiii!!! Balas dendam di atas segala kepenatan...yeahhh mmg aku pasti akan mintak cuti dan berehat. mmm mana pulak kali ni ye???

Januari lepas aku di Bali:





Percutian lain?? tunggu next entri la ye.....

Skang ni aku mengharap ada lagi percutian yg menarik........selepas bulan itu!

Monday, May 24, 2010

masa yang ada..

Salam...

Sekarang aku sedang memaksa jariku menaip, otakku berfikir, mataku menumpu pada skrin sambil badanku duduk di kerusi kayu yg korehhh ni...kalau tak buat mcm ni...mmg tajuk yg paling latest adalah "Anjing Punya Pasal". Ok abis da intro... ;p

Kalau ikutkan niat hati, aku nak tulis pasal percutian aku...tapi disebabkan aku tau, kalau aku nak upload gambar akan mengambil masa..eh bukan sebenarnya membuang masa yg emas aku tu..Maka adalah lebih baik aku tulis tentang ape je yg terlintas...mmm ibarat tahi bintang la...bukan slalu nampakkan..eish, ape kaitannya ni??? ;p

Sejak awal tahun sampai la kini, aku memang menggunakan sepenuh masa yg tuhan berikan dengan pelbagai aktiviti...keje, tu mmg da pasti kne buat! Selain tu, aktiviti basikal...aku tak kayuh p0n...bercuti dan ape2 je yg aku fikirkan best/menarik dan bila nk buat mcm2 perkara ni..aku dapat kesan bahawa aku mmg la orang yg paling tidak rajin nak packing barang!! Mesti aku buat last minute...sepatutnya mlm ni aku kne packing barang, ni yg terasa nk amik bibik ni...haduiiii la haiiiii....Sape nak tolong ni??? ;)

Ha..da alang2 menulis, teringat kes nak balik keje tadi. Aku start enjin kete..sambil2 duduk, bukak radio n tgk kat cermin...aku nampak sorang manusia ni di belakang sambil memegang laptop (bukan pegang je..aku dpt rasa dia tgh online)... biarlah...dia tak kacau aku...ape aku kesahkan??? tiba2.....aikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk mana orang tu??? Aku p0n tgk melalui cermin lagi (kereta baru aku reverse skit je), ha..laptop dia aku nampak da...Rupa2nya dia sudah jatuh dalam longkang yg agak dlm tapi tak berair tu...ya Allah...sian betul. Aku p0n tak sampai hati/jiwa raga keluar la dr kete...pastu ade 2 kereta lagi berhenti n tolong...sama mcm aku, tolong tgk je....

Aku dapat rasakan dia sakit, sebab muka dia da menunjukkan reaksi sakit tapi tak le nak nangessss sebab aku ade...hehehe...dia kata takpe dan disebabkan ada kawan yg teman dia, aku pon teruskan niat utk pulang. Sebelum tu aku dengar dia cakap "kena kat rusuk"..eishhhh mesti sakit tu!!! Sebenarnya soalan yg mula2 nak ku tanya....."laptop tu ok tak??" tapi fikir2 balik tak jadi la...yang pasti masa aku jeling kat laptop tu, mmg tgh online..FACEBOOK lagi..ha..kan da sampai ke longkang!

Friday, April 16, 2010

Anjing Punya Pasal...

Hari ni hari Jumaat yang mulia...Maka menu hari ni pastinya nasi beriani bawah p0kok..sedapppp wo0oooo.. Macam biasa aku akan order nasi beriani + ayam goreng + kuah kari kambing.. Mmg heaven!! Sgt tak tertahan dikala baunya menusuk ke hidung...habis kete aku bau kari tapi tak pe...sedap punya pasal, aiman tak kesah. ;)

gambar dr:

Selesai saje bayar..dengan penuh kesabaran aku tunggu kawan lak beli..tak pe, tak pe...jap je lagi...sedang kawanku sibuk mengira2 jumlah yg perlu dibayar..tibe2..jeng jeng jeng..aku nampak anjing si najis mughallazah menyeberang jalan...Alamak ke arah kereta di mana tempat aku parking. Untuk pengetahuan semua, aku sangat neves bila nampak anjing, elok2 aku boleh baca "sum mum buk mum..." ter0s aku jadi pelupa tahap kr0nik! Mungkin masalah takut ni disebabkan memori masa lampau...ha flashback jap ~ teringat masa kecik2 aku duduk di rumah teres, macam besa, zaman kanak2 ni mmg tak dapat diasingkan dengan bermain...ape lagi g main rumah jiran aku...tengah sy0k2 main ape tah..aku p0n lupa..tibe2 boleh si bulld0g sesat mana masuk laman rumah n kejar kami..arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tak0tttttt.............. da la warna kelabu, pipi..eh mcm pipi bulld0g la..tp tak tau la aku kalau bulldog skang da buat suntikan Vit C..tegang gitu! citt..tak mungkin.. ;p Mana tah datang nye bulld0g tu..ade ke sarkas yg berdekatan dgn umah aku?? musykil!!


gambar dr:

Apa lagi..lari lintang pukang la kami..nasib baik, si hanjing tu masuk rumah jiran aku yg beragama kristian..kalau umah aku, hah mmg dapat la buat praktikal utk samak kann...tu kes pertama. Kes kedua pulak, aku ni suka kayuh basikal sambil kayuh, sambil tgk2 keindahan kawasan perumahan aku..indah ke?? mmm tak pe la, lupakan ttg tu..bila terpandang, anjing yg comel cute miut aku p0n terpana..cewahhh ayat! Bila mata bertentang mata, dup dap dup dap..hati aku tak tergoda langsung tapi si hanjing ni boleh tibe lari ke arah aku ibarat kelajuan cahaya!!! arghhhhhhhhhhhhhhh kene kejar anjing!!! Cabutttttt....ape lagi, waktu..kayuhanku lebih laju drp Hoy (tau ke sape tu??). Huh, selamat...dan sejak itulah aku mmg sangat fobia dgn binatang bernama anjing! Aku tak peduli la, anjing tu jenis ape pun..takut tetap takut...yg cute2 p0n aku tak suke..najis!! ;p


eiiiii...

Ha..berbalik pada kejadian hari ni...bila nampak je anjing ke arah tempat aku parking kereta..dan dan mataku terus tertumpu pada anjing shj...lain2 aku mmg da tak peduli..aku f0kus k. Settle urusan jual beli, cepat2 aku ke kereta...Aku tekan punat hijau..nape pintu tak bukak ni?? da la anjing bertentang dgn keretaku! hye..apesal ni..skali lagi aku cuba..aik??nape tak de bunyi lak ni...yang kawan aku p0n..nape ke arah belakang aku..bukan pintu lagi satu kat belah sana ke?? pastu, baru aku tersedar salah kereta ok!! ahak! malu sendiri...tp yg penting ttp kne jauhkan diri dari anjing...tergelak2 aku...mana tak nya, kawan aku terasa pelik..kenapa la depan kereta ku ade patung..kalau bear tak pe lagi..ni patung buddha ok! haiyaaaaa..ch0iiiii...dia terfikir kalau2 aku beli patung tu kat Ind0n tempoh hari...Wahai kak su, saya belum sesat lagi nak beli patung tu...hiihihihhihhihiiihi.....;p


nape tekan2 tak berbunyi???

Sangat terserlah kesengalan ku hari ni...sib baik tuan punya kereta tak de kat situ..kang tak pasal2 dituduh per0mpak lak...eh ade rupa ke?? ;p


Sunday, April 4, 2010

gelanggang penuh..

Untuk kali pertamanya aku terima ajakan seorang kawan...bukan kerana terpengaruh tapi bagi aku kita mesti teroka hidup ini...cewahhhh apa aku merepek di hari ahad yg mulia ni??? hiiihihhihi... ;p

Sebenarnya aku diajak utk bermain squash..permainan yg tak pernah aku main sebelum ini dan tak pernah terfikir dek kepala 0takku untuk mencuba langsung! Mana taknye, da la main pukul dinding...tak faham aku. ;p Oleh kerana aku manusia yang suka mencuba dan tak reti duduk diam pastinya aku terima ajakan tersebut dengan hati terbuka. Bagi aku, tak cuba pasti kita tak tahu!

Bila da cuba, mmm mmg best, baru main sekejap da berpeluh2...Jadi aku n kawan aku teruskan utk hari2 yg berikutnya. Sampai la jumaat lepas, aku g mcm biasa...dengan girang gumbira + berniat...main sampai lewat p0n tak pe sebab esok sabtu...lalalalalala ;p

Masuk je..aduhhh knape banyak lak manusia kat dalam ni...haiyyaaaaaa!!! tak pe, tak pe...dengan penuh kesabaran aku menunggu...tunggu punya tunggu, aku p0n da naik hangin...lagi hangin bila aku tgk ade 3 manusia yg kat dlm court ni main. Tak tau, tak pe...aku p0n bukannya pandai sgt tapi tunjukkan la semangat kesukanan ni tak...cuba k0rang bayangkan....begini keadaannya..jeng jeng jeng...

- pegang reket lemah lembut bak si dayang mengipas sang raja.. 
- yang lagi best, main squash tapi tak bergerak, statik je kat situ..dengan harapan bola sampai situ baru pukul...masya Allah da mcm tiang lampu aku tgk da ni...hye!!!! alahaiiiiiii....
- yang lagi sorang ni lagi la...tak keluar2 kat petak tu...mmg mcm ade gam kat kasut...tercegat je kat situ...aduhaiiiii pe la nasib aku tpaksa menunggu + tgk game korang yg lemah lembut, sopan santun tu..huhu

Akhirnya, dapat gak main walaupun waktu tu da pukul 7.00 ptg...kejap p0n tak pe la...daripada tgk game yg menyakitkan hati... ;p





**Sgt gumbira bila The Bluessss menang!! ;)**

Wednesday, March 24, 2010

sila cadangkan tajuk...[kering idea sebenarnya ;p]

Salam..hi! ;)

Lama da tak update bl0g ni...buat masa ni seperti tiada kata-kata utk dicoretkan di sini. Semuanya tersimpan baik dalam memory kepala otakku. Aku cuba jugak nak transfer ke bentuk kata2 di sini tapi mcm2 alasan utk diri sendiri bila nak buat, antaranya:

  • malas nak login bl0g
  • tak tau mcm mana nak mula
  • nanti dulu la
  • mmmmm tunggu citer best la
  • belum edit gambar
  • dan lain2 alasan xmunasabah... ;p
Sebenarnya ada perkara yg membelenggu kepala otakku skang ni...yg paling penting dan tak pernah dilupakan adalah report yg aku kena submit ke eimas... Ya Allah, bila la aku nak buat ni...bukannya banyak p0n tp tah bila nak dapatkan mud menulis...t0l0ng!! tolong....

k la..buat masa ni...ni je la, sgt risau n tertekan..benda mudah disusah2kan, dilambat2kan..ha ni la jadinya...




Tuesday, March 2, 2010

kenapa?! kenapa?!!!!!!

kenape komen2 kat bl0g ni jadi mcm ni?? daripada 6 jadi 2..daripada beberapa (tah aku pon da lupa) jadi kosong??? mcm mana boleh jadi mcm ni?? ada sesiapa yg boleh bgtau??

Friday, February 12, 2010

cari gaduh..

Hari ni aku cutiiiiiiiiiiiiiiiiii...yeay!

Semalam ada perjumpaan dgn kawan2 matrik...menarik! Buat kat rumah kawan aku di Shah Alam...Aku bajet lepas balik keje + itu ini maka aku akan sampai ke sana dlm waktu maghrib. Memang p0n, mana taknya patutnya boleh awal, tp seperti yg aku jangka aku akan ke sana + sesat2 ckit...ye la, setakat seksyen 24 mmg blh ikut signboard tp bila da sampai part jalan2 kecil ni susah gak la...mcm2 jenis jalan yg nama sayur aku jumpa..seingat aku;

jalan rebung, bendi, kubis, sawi, asparagus, cili hijau, cili merah...arghhhhh bukan jalan ni yg aku cari!!! kalau g pasar ni, da penuh tangan kiri kanan pegang barang tau..

landmark yg diberitahu adalah "mak cik yang meniaga bawah payung"..ya Allah, nape dlm byk2 landmark yg ni jugak jadi pilihan?? Aku p0n balas balik kat kawan aku a.k.a tuan rumah.."mak cik tu da tutup kot, dia xmeniaga mlm2" confident walau pun aku xpernah kenal mak cik tu..lantas kawan aku jawab balik.."kepala hotak ko! dia mmg meniaga sampai mlm..."hehehe padan muka aku.. ;p

Tanpa putus asa aku cari dan cari, akhirnya aku buat keputusan utk berhenti depan sekolah keb. seksyen 24...senang sikit kawan aku nak menjemput. Memang tak sia2 kejap je dia da jumpa aku..huh legaaaa.

Bila ramai2 da berkumpul mula la mcm2 cerita tp sebenarnya lebih kepada keadaan huru hara...hehehe perkataan kegemaran aku! Rupa2 nya bukan aku je tunggu depan skolah, ade yg lain p0n sama..aku kat sk0lah rendah, sorang g kat sk0lah mana tah, ~hilang ingatan jap... ;p dan yg tak tahan yang sorang ni tunggu kat sk0lah pendidikan khas! hehehe..Kata aku kpd tuan rumah.."ye la, kami ni orang berilmu" tp utk yg tunggu kat sk0lah khas tu sempat lagi la aku nak tny..ma cacat ape??? hik ;p

0psss sebenarnya ni adalah intr0 je, bukan ni yang aku nak cerita. Begini kesahnya.. Pada suatu hari yang sungguh indah ~al maklum la, cutiiii kan..mmg indah je semuanya. Ok mcm ni, aku da janji utk bawak g beli camera si adik aku yg nak fly t0 adelaide esok ni...jadi pastinya janji mesti ditunaikan, ~hye..ingat cek je ke boleh tunai..janji lagi penting ok. Barang seiapa yg memungkiri janji maka terg0long lah ia dalam g0longan munafik..eh tibe2 aku mcm ustazah plak..~sambil bet0l2 kan tudung..hemmmm ;p

Macam biasa aku la drive...masa nak keluar simpang ~buat pengetahuan kawan2..ini adalah simpang 3 ye. Ok line clear, belah kanan da xde kenderaan, belah kiri lak ada mot0r but masih c0ol or static lagi di situ...aku pun tekan minyak dengan sopan santun dan jalan...tibe2 eh...mot0r ni mana lak datangnya???! Aku berhentikan kereta kat tengah2 jalan/ simpang tu sebab nampak mot0r nak masuk sambil bawa anak dia..kot la anak dia..tp aku sempat lagi la nak tunjuk tangan kat dia..dengan niat supaya dia lebih berhati2 sebelum masuk simpang. Lain2 perasaan ketika itu..takde!

Aku pun meneruskan perjalanan dan tak disangka2 mot0r tadi memecut laju di belakang dan berada di sebelah kereta, aku p0n bukak la cermin kete...aku lupa kata2nya, tp dia menunjukkan rasa tak puas ati..senang cerita marah2..hye ape lagi..ingat aku budak kecik tak tau undang2 ke?? eh kecik sangat aku ni...hihihih. Ayat dia yg melekat kat 0tak aku adalah "Aku dulu"..perghhhh bagi aku ni la statement b0d0h bangang yg tak sayang nyawa.. Setahu aku kita diajar utk masuk simpang bila keadaan da mengizinkan, bukan siapa dulu atau siapa cepat. Aku pun balas balik, mmg bukan nada lembut..aku mmg marah kerana kebod0han orang itu, kesian kat anak dia yg d0k depan mot0r tu...

Selalunya aku bila aku marah, aku akan rasa mcm menggigil kegeraman..tp ni aku marah dalam keadaan relax..mmmm tah la, mungkin sian kat anak dia kot dapat bapak mcm tu punya sengal..huh mmg aku xle tahan dengan orang yg berperangai mcm ni..masuk simpang melulu je, tanpa tgk ade atau tidak kenderaan yg masuk. Bangang!

Maaf la, kali ni entri 2 dlm satu..suka di atas, sakit hati di bawah..tp aku amalkan "buang yg ker0h, amik yg jernih"..dan sgt berharap pak cik tu fikir balik ape yg berlaku di jumaat yg indah ni..moga2 tuhan bukakan pintu hatinya.

"UTAMAKAN KESELAMATAN...INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG"
Malang Tidak Berbau...

Saturday, February 6, 2010

Selesai

Salam...

Lama tak update bl0g ni...jari2ku tak nak bkerjasama dgn 0takku...maka apa yang aku fikirkan tak tertera di skrin ini.

Oleh kerana m00d pada ketika ini adalah tenang, lega dan gembira..maka aku ambil kesempatan utk terus update bl0g yang sudah berlapok ni... ;p

Syukur alhamdulillah..selesai kenduri d0a selamat di rumah. Apa pasal la ayat aku macam buat karangan tingkatan 5 ni??? ~iklan jap: Dulu kalau tulis karangan mesti 500patah perkataan tapi biasanya aku akan tulis lebih..sebab sekali tulis mmg tak boleh nak st0p! Ada je rekaan cerita dr 0takku ini...eh ni da lebih...cukup2.

Kenduri kali ini khas buat adikku yang bakal melanjutkan pelajaran di Adelaide. Syabas beti...tak sangka jemputan melebihi makanan yang di "order"...hallaaaaaaaaa selaku tuan rumah, aku m0hon maaf kepada tetamu yang tak dapat merasa ayam berempah n sambal udang...ampun ye...aku p0n tak sempat merasa!! ;p

Aku sangat berterima kasih kepada "orang surau", tetamu2 jemputan dan juga tetamu yang datang tiba2..hehehehe...datang la ;p Seronok jugak bila kumpul ramai2, cuma aku tak tau mcm mana nak layan orang secara sama rata...Pening jugak!



Apa2 p0n semua da selesai...yang tak selesai, sedikit pinggan mangkung yang perlu dibasuh..haiyakkk penat! Ni p0n masih lagi berbaju kurung....Terima kasih semua yang hadir.