Tuesday, December 29, 2009

sesuatu yang tak disangka...


"Sesuatu yang tak disangka sering kali mendatangi kita, itukah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan"....


Nyanyi lagi...padahal ni bukanlah Red Box, KTV, Superkaraoke or Silver Box...eh pernah dengar ke Silver Box?...ha yang ni special skit..hanya aku je boleh dok karaoke dlm ni..tu p0n masa drive je..faham2 sendiri haaaa ;p


Sebenarnya kali ni aku nak share tentang "hari yang sungguh memenatkan"...eish da mcm tajuk cerita spongebob lak...hihihhihi ;p


Jam kat hp menunjukkan 5.07am...aku terima m0rning call...eh xde la, ni call dari adik aku. Pastinya buat hati berdebar, asal call pagi2 buta ni??? nak kejutkan subuh ke?? ke nak suh aku g keje awal?? ha, semua persoalan tu hanyalah rekaan semata2...tambah merisaukan bila suara tak ceria, ala2 sedih tgk hindustan..makin tak tenteram hati aku. Setelah dengar tajuk utama perbualan..nak hangin p0n ada..mana taknya LAPTOP n WALLET kena curi dalam bilik c0z tido tak kunci pintu..Sangat mulia dapat rumet macam ni kan?? Sanggup tak kunci pintu sebab tunggu rumet pulang ke bilik...hallaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Mana la tak aku hangin, aku mmg da pesan kat adik aku ni, tido mesti kunci pintu dan tingkap. Al maklumlah, sebagai langkah keselamatan. Apa2 pun SAFETY FIRST! Tapi nak marah2 p0n tak guna, aku cuba kembalikan keadaan kepada paras normal.


Aku terus bangun dan keluar, gerakkan adik aku yg 2nd n si kembar yg sorang lagi...tak sangka, sangat ambil berat ttg berita tersebut. Aku p0n masuk bilik n bercita2 nak sambung tdo jap je lagi...(da ter0k da ni...ade ke patut) tapi mmg patut coz nanti aku g keje aku singgah jumpa adik aku. Aik, aku tgk knk2 dua orang ni bersiap, hah abis la..gengster nak g huru harakan keadaan kat sana...lantakkanlah...sekurang2nya yg tgh berdukacita dapat sokongan moral drp family.


Seperti biasa aku g keje, jumpa bos terangkan keadaan dan terus g jumpa adik aku...mcm2 urusan nak kena buat. Balik opis da tghari jadi aku mohon kebenaran utk terus cuti je hari ni. Petang ada lagi benda nak kena buat. Jadi hari ni aku ke hulu ke hilir utk menyelesaikan perkara yg perlu.


Aku rasa sgt letih, namun agak senang hati bila banyak perkara telah diselesaikan. Barang yang hilang usah dikenang! Aku sangat beruntung punya family yang mcm ni...nak kata kaya tak jugak cuma kita perlu fikirkan secara positif. Tiada gunanya bebelan di saat ini. Apa yang penting adalah kata2 semangat dan seperti yang dijangka ayah mmg suruh g survey laptop baru. Aduh, orang yg gaji belas2 ribu p0n fikir berkali2 sebelum beli dan lebih dasyat sampai ada yg bawa balik rumah harta2 pejabat...malu!


Ayah mmg tak pernah berkira kalau urusan barang2 utk belajar...apa saja..as u wish, biasanya dapat! Mmg best!!


Cuma aku berharap agar adik2 aku lebih menghargai dan pandai jaga barang...ingat, kita bukannya jutawan, hartawan...hanya biasa2 saja.


Ok tu je buat setakat ni....kepada si pengambil laptop n wallet tanpa kebenaran tu, silalah fikirkan akibat mengambil hak orang dan yang pastinya tidak berkat. Semoga Tuhan bukakan pintu hatinya...amin.

Saturday, December 26, 2009

bila hati mula berbicara


hallaaaaaaaaa tajuk pun dah macam jiwang! hihihihihiiiii ;p


Sebenarnya mood ketika menulis ni adalah sangat berhati panas...maaf ye kalau ayat2 di sini tidak mengikut tatabahasa yg cikgu ajar kat sk0lah dulu. Jap jap bagi aku tarik nafas dalam2...


Aku adalah orang yang sangat simple, tak kesah dan boleh berkawan dgn sesiapa shj...cuma kalau orang yg baru aku kenal, aku xla seriuh dgn orang2 yg dah lama aku kenali. Al maklum sajalah, aku bukan orang yang boleh ramah secara tiba2. Aku sangat menghargai kawan2 yang ada dan sangat berterima kasih kepada sesiapa saja yg sudi berkawan dengan aku tapi bila aku mula rasa rimas atau perkataan lebih baik adalah tidak selesa, mulalah aku rasa mcm nak menjauhi orang mcm ni.


Lebih2 lagi sekarang ni, aku mula rasakan di mana kawan2 aku??? Aku faham korang tak salah, tak salah utk jalinkan hubungan yg lebih serius dgn orang yg dirasakan She's The One (eh ni lagu kesukaan aku...lama tak dengar) 0r His The Men. Mungkin sekarang masa untuk korang fikirkan sesuatu yang dikatakan jodoh. Aku pastinya akan d0akan yang terbaik utk kawan2 aku.


Cuma bila ada orang lain cuba melakonkan watak2 seperti kawan2 aku, pastinya hati ni akan memberontak dan katakan TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!! Hey, aku bukanlah memilih kawan....tapi utk jadi kawan, masa utk serasi adalah sangat penting! Maaf kalau aku begini, tapi inilah aku...aku tak hipokrit dan sangat berharap kata2 ni tidak menyinggung hati sesiapa.



Wallaaaaaaa, punyalah lama tak update blog, tiba2 semua kata2 hatiku keluar pulak...heheheh macam kartun p0n ade ;p

i am a hemannnnnnnnnnnnnnnnnnn!!

(kartun kegemaran aku pada suatu ketika dahulu)


-lega2!-

Tuesday, November 17, 2009

Gadgetgurl

Kata orang, gadget selalu dikaitkan dengan lelaki...tapi bagi aku, tak kesah lelaki or perempuan sama je...Kalau dah suka, suka jugak la... Teringat aku masa duk kat rumah lama, jiran aku suka sangat main kereta yg boleh tukar jadi robot...eish, ini tidak adil! Aku nak jugak!! Yg pasti mmg la dapat jugak, kamikan 1Malaysia...ape ade hal..setakat permainan tu no hal lah nak kongsi...Kata orang lagi sharing is caring...tak gitu???

Tu bab permainan...sampai la aku belajar aku still nak sesuatu yg best utk aku! Setakat laptop yang ditaja ayah, MP3, MP4...mmg semua tu aku ada. Tak terhenti kat situ, sampai ke hari ni pun aku selalu je update diri aku dgn search kat internet atau beli magazine tentang gadget2 terkini dan sekarang ini benda2 ni mmg berlegar2 dibenakku ini:

Aku perlukan laptop baru memandangkan laptop lama dah tak boleh berfungsi lagi...

Aku perlukan sesuatu yg lebih advance daripada compact camera

Walaupun tahun ni aku baru je tukar hp...tapi aku masih belum dapat beli htc idaman hati.....


dan yang pastinya, jam ni mmg aku dah book lama cuma tak sempat2 nak g ambil kat kedai..tak pe, dalam masa terdekat insya Allah...

Aku tak tau ape nak jadi dengan aku, orang lain sibuk dgn aksesori diri...aku lak sibuk dgn gadget idaman hati..lalalalalalalala.... ;))




Monday, November 16, 2009

blackberry vs Xpressmusic

0takku sentiasa plan utk aktiviti akan datang...daripada yg mudah hinggalah yg sukar dicapai dek akal ku...kata seseorang, "yang u tak terfikir pun kene senaraikan jugak!!!" hah, apekah??? mcm mana nak senaraikan kalau tak terfikir dek akal ku??eish pelik betul...



hah, tiba2 dapat ilham nak tulis ape...rasa2 korang ape peranan hp sekarang?? Mestilah lebih dari sekadar call dan sms kann?? Boleh online dan yg paling penting boleh je buat reminder kat hp tu...



Minggu lepas ada seseorang minta aku ingatkan tentang sesuatu hari ni, ok...tak susah, buat reminder kat hp je laaaa...walau pun aku guna xpress music je tapi still boleh je kan kalau setakat reminder...pagi 8.35 reminder p0n memekik2 laa, orang itu tiada di persekitaran utk aku ingatkan...so, aku ingat je tapi tak tau la orang itu....tiba petang, dia kata...patutnya u yang kene ingatkan saya kann?? aku pun jawab..memang laaa...dalam hati agak sakit, nape la tak buat reminder kat blackberry je..bukan ke blackberry tu lebih canggih drp xpressmusic???aduhhh, saje je... Bukan aku tak nak ingatkan, boleh je aku sms tapi credit RM00.00...salah ke aku yg xboleh claim ni x sms or call orang itu???


Kadang2 aku pelik, skang banyak benda yang ada di sekeliling canggih2...tapi tak tahu nak guna. Tak kan ade blackberry sekadar pegang je? Silalah gunakan sepenuhnya kemudahan yg ada supaya otak yg sering terlupa dapat diingatkan, kerja yg perlu dihantar dapat diselesaikan dan janji yg dibuat dapat dikotakan.



Sekian dari aku yg tak guna blackberry!

Wednesday, October 28, 2009

cara aku beraya

Hi..lama betul tak menulis, banyak benda sebenarnya dah berlaku..cuma terlalu xrajin utk update blog ni...mmmm ape aku nak cerita ni eh?? ok la cerita sikit pasal raya laaa..(ceh, sebenarnya alasan..coz ada byk gambar raya jadi blh tulis sikit je...hehehe ;p)



Macam biasa setiap tahun aku akan beraya di KL...orang tany xsedih ke xbalik kg?? eish itulah soalan yg paling tidak memahami diri ini...akukan mmg orang KL, ayah dan ibu juga lahir di KL. Kalau balik kg hanya ada sebuah rumah usah yg didiami oleh kelawar...oleh itu perlu ke aku balik kg?? Saudara mara semuanya duduk di area KL/ Selangor... Kata orang lagi...KL sunyi, jalan raya lengang boleh guling2...hah, mmg bagus la lengang sebab memudahkan perjalanan kami ke rumah saudara mara...barulah masa ni aku terasa terhindar dari hiruk pikuk.... (tersirat: sebenarnya siapa yg meramaikan manusia di KL?? menghuru harakan?? meriuh rendahkan??).
Orang mungkin hairan bila aku cakap saudara mara area KL/Selangor...tapi ape aku kesah, cak cak cak...hehehe. Mmg betul pun, satu hari punya jalan xkan habis melawat pun... Kata orang lagi, bila balik kg seronok, boleh kumpul ramai2 kat rumah nenek atok. Jadi keseronokannya hanyalah berkumpulkan?? berjumpa sanak saudara... Begitu juga dgn kami di KL... bezanya adalah, korang keje kat KL, mak ayah ditinggalkan di kg or atok nenek masih hidup di kampung tu.. Aku pula...keje di Selangor, mmg duduk dgn family...jadi kampung apekah aku nak balik?? Mestilah aku kne menghadap ibu dan ayah kan?? hari2 ok aku buat mcm tu...maka hari2 balik kg..hehe
Bagi aku, aku sgt beruntung kerana tak perlu berjauhan dgn keluarga. Hari2 makan makanan yg ibu masak..sedap tak terkata!! Kawan2 pun mmg ramai sgt kat sini, maklumlah aku sekolah rendah n menengah di sini juga...Di sinilah kampung halaman ku...skali skala bila ke tempat sunyi aku dah rasa sgt BOSAN kerana tak biasa...kata orang lagi, seronok dengar bunyi cengkerik di malam hari...mmmm mungkin, tapi utk 1 hari je kot bagi aku, lebih dari tu...pasti aku akan mati akal...tak tau ape nak buat.
Jadi terpulanglah kepada selera masing2...yg penting usah pertikaikan beraya di bandar kerana sesungguhnya di sinilah tempat tumpah darah ku! ;))

Tuesday, October 13, 2009

malas...

sangat malas sekarang utk update blog ni...terlalu...!!


mungkin jugak sebab terlalu banyak benda nak ditulis dan akhirnya tak tertulis...


walaupun bukan tulis guna tangan just taip je tp still jari jemari kne bergerakkan??


tak pe nanti feel bercerita datang aku update...




**Minggu lepas: Ada race basikal utk pemilihan ke Sukan Sea Laos**

Monday, September 28, 2009

b0c0r sudah..

tengok..tengok gambar yang kat bawah ni..


"begini la nasib diri ku yg malang 0h Tuhan..." (kasi sedih sikitt..)


tayar tercucuk paku..hye la paku..nape kereta aku yg ko pilih?




sampai bengkok ko paku..ni mesti bila dah tercucuk..aku still drive lagi la ni




merasa jugak aku blaja bukak tayar kereta...tgk je..tolong cikit2..ayah yg bukakkan



sementara tunggu ayah g tampal tayar...fuhh selamat duit aku,
kalau kne tukar tayar bis la sume duit raya dlm sampul aku kuarkan balik...
hehehehe acah mak en0n!



IRON LADY..ye ke? ni namanya bosan menunggu.. ;))
opss jari aku cukup 5, cuma satu lagi xnak enterprem..malu katanya ;p
Lepas je tampal tayar ni kami ke Rawang & Batu Caves...jalan raya daaa
k tu je untuk edisi kali ni
"safety 1st"

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Salam semua,



Sempena nak menyambut lebaran yg penuh mulia ni, saya/aku/kita nak minta maaf utk segala salah dan silap. Semoga raya kali ni lebih bermakna.




  • hati2 di jalan raya..

  • makan biar berpada (bulan puasa turun berat..tu pun kne sebulan berpuasa..tapi bila raya, 1 hari je dah cukup menggemukkan!)..

  • jangan nak minta duit raya lak..korang dah besar + panjang ;p

Ok..daaaaa

Tuesday, September 15, 2009

puasa kali ni..

Setiap kali bulan Ramadhan pasti kita diingatkan supaya banyak beribadat, bersedekah, kurangkan perkara2 yg perlu. Kali ni bulan Ramadhan merupakan bulan perjumpaan dengan kawan2...



Perjumpaan dgn bdk2 skolah rendah Part II @ Rasa Sayang 5 Ogos 9.00 pm:



Bayangkan setelah 15 tahun tak jumpa... Bila jumpa je, ada muka yg memang sama xde beza, ade gak sampai aku xkenal..hilang ingatankah aku? Paling best..setiap kawan2 aku yg datang mesti nak akan ingat nama WONG WENG SING...nama ni betul2 keramat! Masa kat sekolah dulu...Tuhan aje yg tahu betapa sakit jiwanya cikgu2 aku dengan budak sorang ni...(jgn amik ati eh Wong..) Tapi masa perjumpaan tu, dia yg paling baik n diam je..heheh, dah insaf ke?





Selesai je kat Rasa Sayang, kami yg Melayu ni plan utk sahur lak..al maklum lah pada ketika itu, ada seorang kawan aku ni dah lapar, katanya dia belum makan lagi...aduh kesian macam anak terbiar rasanya.. Jadi semua sepakat g SS2 Murni..hah kat sana layan perut n sempat plan utk trip tahun depan.. Perjumpaan yg ada makna!



Buka Puasa @ Midvalley:



Tempat makan memang kami tak plan, yg penting jumpa kat midvalley...At last makan aje mana tempat yg xpenuh.. feel masa tu, bedal aje ape yg ada.





Macam biasa tak berakhir kat situ je, mesti ada tempat lain yg nak disinggah.. Oleh kerana ada budak sorang ni makan tak kenyang2...so layann kann je la.. Next station Chocolate @ Bangsar. Masa kat sini aku dah ter'berkenan' kat pokok plastik yg comel ni (dlm gambar atas). Tapi ada la kawan aku tu sanggup nak amik pokok tu masuk beg... Masya Allah dah la bulan2 pose nak amik barang orang tanpa kebenaran, apekah maknanya tu? Aku sangat menghargai kepekaan korang tapi adalah lebih baik barang itu diletakkan di situ. heheheheh...



Majlis Berbuka Puasa @ Kelab Darul Ehsan 12 Sept 2009 + Bdk2 Matrik:



Dalam banyak2 perjumpaan, ni la yg paling mencabar otak aku... Mana taknye tempat aku pilih (2 tempat yg dicadangkan) penuh! penuh! aku p0n menggunakan teknologi yg ada, minta idea kawan2 kat facebook...000h tak sangka aku dapat book tempat tu...lega. Tapi dalam hati rasa tak sedap..so malam tu aku dengan azrina g tgk tempat tu, coz tempat tu kat KL tapi aku xpernah dgr plak..akukan orang KL sejati..mana boleh tak tau ni...tercabar dibuatnya! Sampai je tempat tu, hah..patut la aku tak tau rupa2nya kelab. Aiy0000oooo dah la aku nak buka dengan kawan2 matrik (mengikut pengalaman semuanya ala2 MAIP) habis la aku kalau teruskan tempat kat situ! mmmmm baru aku terfikir patut la kawan aku yg MANTAP tu tak ter'join'. hehehehe



Akhirnya KDE menjadi pilihan, lega selesai tugas aku.



Oleh kerana ada 3 pasang keluarga, maka kul 9 mlm dah gerak mau pulang...heeeee ;)) awalnya!



Perjumpaan dgn bdk2 skolah rendah Part III @ QBistro:



Buka puasa kali ni mmg sempoi, beli kat bazar Ramadhan pastu g mamak n buka kat sana. mmmm senang n jimat. heheheh



Tapi ada la sorang kawan aku ni boleh beli pau SATU sahaja...hanya satu dan hanya untuk diri sendiri...Mak aiii punyalah kedekut haji bakhil! mmmm katanya mlm ni juga ada perjumpaan utk bermaafan..tunggu aje msg dari kanak2 ni... ;))



:: Tak sabar nak tunggu petang ni, nak buka puasa dgn family pula..padahal selalu je cuma kali ni kat luar, kat tempat yg aku book tp full..so hari ni balas dendam..yeahhhh ::

Thursday, September 3, 2009

Buka puasa...

Majlis berbuka puasa 30 Ogos 2009 @ TUPAI2



Masa awal2 perancangan, aku cuma bersetuju tanpa rasa apa2 untuk jumpa dengan kawan sekolah rendah..ade yg memang dah 15 tahun aku xjumpa!...sehari dua sebelum majlis (majlis ke? pape je la) ada kawan2 yg sms, tulis kat facebook kata x sabar..tapi aku cool je (aku xdingin, cuma bersabar, kann sabar separuh daripada iman ;))...Mengikut plan awal aku nak gerak amik azrina kul 5.30 pm tapi disebabkan nak teman ibu aku p0n lambat...6.30pm baru terhegeh2 sampai rumah azrina..sedangkan 6.30pm tu patut dah ada di lokasi..Masa tu mud aku mmg x ok c0z aku dah g cuci kereta kasi kilat bagai tiba2 masa turun beli juadah puasa utk kanak2 kat rumah aku nampak ada kesan geseran...Cis, bedebah manakah yg nak cari gaduh di bulan ramadahan yg mulia ni???! Aku mmg hangin tak terkata..dah la x jumpa orang yg membuat angkara tu...aduhai..tuhan je yg tau kemarahan aku tahap api.. Kalau la aku jumpa orang tu, mesti dah kena fire...macam naga marah! macamm je..





henbuddism.blogspot.com/


Ok..ok sambung cerita, sampai je kat TUPAI2 terus kena parking luar...aduh ni musti ramai manusia ni...xpe la, dah lambatkan..so parking n terus masuk dlm. Wah ada khemah bagai..dah mcm kenduri kawin ni..Mata aku n azrina liar mencari kawan2 yg 15 tahun xjumpa! perghh mana la tau ada yang cocok tang sana, cocok tang sini sampai aku p0n xkenal kan..tapi alhamdulillah, semua muka sama je macam kat skolah2 dulu..


Ni la kawan2 yg sudi hadir:



Hasly

(Ketua Pengawas..hehehe dulu bersongkok)



Firosha

(Pengawas gak..pakai songkok gak dulu)



Zamani

(Ketua Kelas 6 Orkid..tauke susu kotak..p0n pakai songkok dulu)



Heri

(dulu rambut cacak2..ko xglamer dulu kann...hehehe)



Syazwan

(hah ni orang yg slalu dpt hadiah masa hari sukan..kuat lari la katakann, tp skang dh chubby)



Fadli

(p0n pengawas gak dulu..tp rasenye dulu ko pendek lagi dr aku kann.. ;p ada pkembangan)


Hezry

(ni satu kelas dengan aku masa darjah 1..ko slalu..eh xpayah citer r, nanti ko malu lak ;p)


Sheqa

(ni slalu gak jumpa..dah adik ko kwin dgn sepupu aku kann)




Omel

(mmmm no komen coz aku xpnah 1 kelas dgn ko kann..kann)




Nazihah

(p0n pengawas gak..dulu pnah gak g umah dia..dekat dgn skolah)




Fizah

(aku tau ko..tp aku tatau nak kata pe.. ;))




Azrina

(Pen Ketua Pengawas..yg ni xpayah citer lerr..blh dikatakan tiap2 minggu aku kuar dgn dia ;p)




Masa perjumpaan tu, aku rasa xde yg malu2..semua mcm slalu jumpa n riuh rendah. Bak kata cikgu aku dulu..mcm PASAR!



Lepas je makan...konon2 ada sesi temuramah oleh azrina..oiii lama sgt sesi tu, mana x nye lepas temuramah, dia p0n mengarut n lupe nak temuramah next person..haiyya ;))






Masa nak tulis ni aku terasa betapa ruginya terlupa bawa camera!!!!!! Jadi ni je la gambar yg ade (thanx to sheqa). Ehhh korang ingat terus balik ke lepas buka..? awal lagi k, agak2 lepas 8 rakaat orang buat tarawih. Tapi ada dua orang balik dulu..al maklumlah dah ada rumah + tangga. Seterusnya tah sape punya idea ajak g karaoke..hehehe layann kann je. Tapi memang best n sporting la semua.. Yang aku tau..Hasly Raja Dangdut, Azrina Ratu Dangdut, Syazwan..mamat jiwang, Heri..aku ingat lagi gaya ko masa:


"Panas panas panas panas badan ini

pusing pusing pusing pusing kepala ini"


Tapi ko bukan pusing kepala, ko pusing badan mcm mas idayu..heheheh ;p


Dalam kul 1.00 pg baru selesai melalak...then semua pun ibarat burung pulang di waktu senja.. ;)) Aku rasa sgt2 seronok jumpa kwn2, xtau nak ckp mcm mana tapi mmg best!

TQVM kepada Nazihah selaku penganjur...

--> next perjumpaan pliss.. ;))

Friday, August 21, 2009

sebelum puasa..

semuanya disasarkan sebelum puasa...mcm2 antaranya:

  • bersosial di siang hari (takut bila pose..dah xlarat, lembik mcm kain buruk!)

    ni sosial dari siang sampai ke malam!


  • minum2 kat theobroma chocolate (takut teringin masa ramadhan...alasan!)

gambar dr atas:

adik2 kembar aku

adik bongsu

k0non2 mcm Siti Nurhaliza

mmm sedapnya


  • makan..makan dan terus makan...(mcm la bila pose xleh makankan? saje je nak membesarkan badan..sihat dan kuat bagai juara!)

  • g jumpa dr gigi...(kalau masa skolah2 dulu..bila nampak nurse pegang kad hijau masuk kelas je mulalah darah gemuruh aku ni...tak0tttt..nurse tu garang! aku still ingat nama dia..Ramlah..huh boleh pecah jantung, tu baru tgk, belum kena panggil nama lagi..tapi kali ni dr nya baik n ramah cuma bila dia start buat keje...aku mmg terfikir sebenarnya dr ni dulu cita2 dia nak jadi mekanik k0t..mak aii tak hengat!)

  • gotong-royong bersihkan office...(ni mmg dirancang awal, kalau buat bulan pose nanti alasan xlarat pulak..so buat sblm pose..hah blh mkn kcf ;p)

  • balik semalam dapat tahu satu berita yg merisaukan..ibu ada ketumbuhan..mmmm risaunya :((
ibu paling best dalam dunia! Ibu World!

K la..tu je buat masa ni...Selamat menyambut Ramadhan, banyak2 beramal dan yg paling penting..esok pagi jangan g bfirst!!

Wednesday, August 12, 2009

hitam macam...


Aaaa penatnya mulut aku...dah dua hari bercakap. Akhirnya selesai juga kursus tu. Minggu lepas sibuk dengan mini olimpik..ni hah kulit aku xde beza dengan benda yang ada kat depan meja office aku..terutamanya lengan aku ni..nak tau?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

betul ke nak tau?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

tgk kat bawah tu mcm....

dah sama mcm kala gagang telef0n!

Ni rasa nak nyanyi lak ni..

"tlef0n berbunyi ring..ring..ring..

ku angkat ku dengar suara.."

*berapa kali no ni asyik call aku 037491****

tapi ku angkat ku tak dengar p0n suara!

aku ke yang pekak? atau dia yang bisu? hairan...



Friday, July 31, 2009

wah seronoknye!

OK mari nyanyi..ikut rentak lagu Madu Tiga k..(aaa nak empat..ikut suke korang la, janji nyanyi!). "Senangnye dalam hati..semua program dah abis..seperti dunia ana yang empunya!" yeah!!! Memang best, puas, lega n sampai masa untuk aku rehatkan diri. Syukur Alhamdulillah, semua program Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan U*M 2009 berjaya dilaksanakan. Akhirnya selesai lima2 hari. Lega betul, xtau nak cakap mcm mana cuma boleh senyum sampai telinga :))))))))))))))))))))))))))))))))))




Sekarang adalah masa untuk aku merehatkan diri, tapi mcm biasa manusia hanya merancang n Tuhan yang menentukan. Isnin ada audit lak, Selasa sampai Sabtu kena bertugas untuk Mini Olimpik (Acara Basikal). Minggu lagi satu, kena bagi ceramah n ada pelupusan kimia lak. Aiyakk mcm ni bila boleh bercuti? Tak kan bulan puasa kot!




Aku nak g tgk muvi, makan2, lepak2 dgn kawan..tu yang ada kat kepala aku skang ni. Cita2 nak g Sarawak nampaknya mcm tak kesampaian, haiyaaa..




Ok sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan:




  • tahniah utk Liz yg dah selamat bertunang

  • tahniah utk adik aku byha coz ikut gak jejak langkah aku masuk U*M

  • tahniah utk zam n aren yang selamat diijabkabulkan..sori klau aku jadi pengapit yg tah pape, tak xpernah weh..utk majlis kat Perak rasanya xdpat join la..

  • terima kasih kepada officemate aku yg banyak membantu untuk menjayakan MKKP kali ni..aduh rasa nak pencen la buat program ni.. ;)

  • semoga bos aku cepat sembuh!

  • gudluck utk audit DOSH next week

  • yg last ni yg paling best: utk ibu ayah TQ so MUCH!

Yang pasti badan aku dah lenguh2..aku nak rehattttttttttttttttttttttt! k




Saturday, July 4, 2009

Superwomankah aku?



Minggu ni..ya masih minggu ni...dari isnin lepas sampai hari ni sabtu ade je perkara2 yang buat aku naik darah. Yang pastinya aku sangat diperlukan! Al maklumlah aku ni kann serba boleh.. (hah amik ko, naik lif tekan sendiri..) dari adik2 punya hal, kwn2 sampai la ke opis. Julai ni buat aku tertekan! Sangat tertekan k!!! kalau kat opis anggapkan je ni masalah stress @ w0rk..




saya yg sedia berkhidmat! bukan kerana bos tp tanggungjawab!






Aku tak tau kenape dengan Julai tp yang pasti bulan ni sangat menguji kesabaran aku..mana tak nya bulan ni lah aku kne g induksi selama 6 hari! dan bulan ni jugak lah aku kne handle program untuk tempat kerja aku, bukan setakat opis tapi utk universiti.. start program tu 27hb tapi 26hb kne jadi pengapit...1st time dalam hidup..tu pun kne paksa. So, aku terima je la sebab bukan orang lain pun, kwn aku gak..




Yang paling aku tercabar bila mesy semalam kata bos aku nak buat raptai 26hb! hah? aku kan pengapit mcm mana ni? dah sah2 la orang melayu besanya bersanding tghari..so mana nak sempat buat raptai..tapi bos aku blh bagi kata dua depan2 ahli mesy (depan orang2 opis n pihak luar). "U nak jadi pengapit ke nak keje kat U*M? dengan nada yang keras! Hah mcm ni ke soalan untuk orang yang xpernah bagi excuse utk kerja..selama ni nak suh datang sabtu ahad pun aku no hal..kadang2 mmg aku mengomel gak la kann tapi ala besa la saje2 je..aku kann bujang lagi mestila sabtu ahad adalah hari untuk aku bers0sial! yg penting aku datang jugak. Tapi bila semalam soalan tu diajukan, aku rasa sangat kecewa seolah-olah aku ni tak buat kerja dan tak pernah nak sumbangkan sesuatu untuk kerja aku..




Aku je yang tau ape kat kepala aku ni..kadang2 aku nak cuti pun tak jadi sebab fikirkan kerja tak siap padahal cuti aku berlambak lagi. Aku xperlukan mc n pura2 sakit untuk cuti...mmg tak de kesempatan pun. Aku rasa mcm tak dihargai langsung..kalau ikutkan baran aku ni mmg aku boleh je anta surat untuk letak jawatan..bukan sebab aku nak jadi pengapit tapi sebab aku xperlukan tempat kerja yg tak menghargai pekerjanya! Kalau nak lepaskan semua kerja aku boleh je tapi aku bukan orang yang tak bertanggungjawab, dah aku yg mulakan mestilah aku akan selesaikan jugak! Aku tak takut langsung dengan kata dua tu...




Tu belum lagi pasal adik2 aku, semuanya nak kne ada along dia..haiya SAYA MEMANG ALONG & SAYA SUKA TOLONG! Tapi biar lah berpada, aku pun kene keje, kne ada masa untuk bersuka ria. Aku tak rasa beban dengan permintaan adik2 aku tapi jangan sampai semuanya aku kne ada..korang pun kne berdikari jugak..korang dah besar panjang n panjang drp aku..hehehe ;))




Dalam hal ni, jgn nak kata aku tak pandai urus masa. Masa aku untuk kerja + family + kawan2.. Masa untuk diri sendiri pun tak berapa nak ade.. yang ade masa tido je..




Untuk bercakap mmg senang + mudah as simple as A B C..tapi nak buat n handle satu2 kerja tu kita kne fokus, planning n yang paling penting KERJASAMA. Aku mmg nak ucap terima kasih kepada opismate yg banyak membantu..sgt2 terima kasih, xde korang makanya tergendala la kerja2 ni..Mula2 aku nak tunda g induksi tp ats nasihat beberapa orang kwn aku akan g jugak la..NBO n MZMN nantikan msg2 dari kita/saya untuk kerja2 seterusnya ya..tq jasamu dikenang!


Aku cuma berharap agar marah aku akan kembali reda n dapat teruskan semua urusan seperti dirancangkan! hah, selesai sesi luahan rasa.. ok done!





Tuesday, June 30, 2009

sekali sesat jalan daaa..

yeahh..dah abis masa keje! Letih sangat skang ni..ni semuanya pasal program hujung Julai nanti. Otak aku dah tak keruan dah..mcm2 nak fikir. Oleh kerana dah lama tak update bl0g ni..aku pun ambil kesempatan LEPAS waktu bekerja untuk update..





Pada 20 & 21 Jun yang lepas aku berkesempatan untuk jadi Komisar bagi Petaling Jaya Cup 2009. Dipendekkan cerita, masa hari kedua aku bertugas sebagai Motocom 3 bagi acara road race 150 km. Perghhh naik motor lak tu, kalau naik kereta ape ade kesah... Macam ni ceritanya:


Aku mmg tak kesah naik motor, bukan aku bawa pun..dok blakang je, pegang fail + pen tapi wisel + st0pwatch jangan dilupakan. Mula2 mmg best, sgt best..mana taknya sume jalan polis trafik yang jaga..tak payah berhenti untuk lampu merah. Kat atas lak helikopter pun ada...meriah..ala2 Le Tour de Langkawi lak..hik ;p


Motocom 1



Tugas aku untuk jaga pelumba yang tercicir...aku rasa dlm separuh perjalanan, mmg dah ramai naik broom. Hah korang tak payah malu naik broom tu, klu tak larat mengaku je la, jgn nak tunjuk terer kayuh sampai nangess..(acah je, xde p0n rider yg nangesss..citer nak lebat!) Aku kagum sebenarnya tgk rider yang xpernah kenal erti putus asa..cuma aku je putus asa bila tgk rider yang tercicir kat blakang..kata chief, 3 minit tertinggal...silalah naik broom yang diketuai oleh Mien..kann mien kann..


Ada dua orang rider dari kelab yang berlainan tak moh naik broom kecuali katanya tayar pancit. Eish, ni xboleh jadi..kalau mcm tu, pukul berapa nak sampai finishing line? tunggu maghribkah? Aku pun ambil time then keja pelumba yang kat depan, carik punya carik...aiii mana daaa? laju nye korang kayuh...dengan kelajuan motor pun aku + marshall tak dapat kejar. Ni musykil ni.. Dorang kayuh dengan kelajuan cahaya ke? ;p


Aku + marshall yang tak sempat aku tanya nama pun still memecut laju..mmg ajaib, tak jumpa! Masuk simpang...ok mcm dah betul ni...sekali aik, nape kita lalu kat sini lagi? Aku pun mintak lah En. Marshall patah balik...masuk simpang tadi..hahh jumpa pun sorang rider + marshall + kereta MB**. Ye ye dah jumpa jalan..skali polis berkereta tanya aku, tau jalan tak? hah? apekah? bukan ke encik polis bersama2 dgn pelumba ni...rupa-rupanya dia polis peronda daa. Aku pun dongak tengok langit yang terbentang luas...mana la helikopter tadi? aiy0ooo y0ooo tak de..sesat jauh sudah ni... Ape lagi, en polis pun kata, ok j0m ikut saya...orait...i will foll0w u! (dah mcm badut kuning dah aku ni..).

Masa kat atas motor aku sempat cakap kat marshall, abis la kalau rider yang tercicir ni sampai dulu..perghhh mmg masin mulut aku..rasa mcm minum air lautt lak..Memang dia sampai dulu! en polis bawak jalan shortcut...tak lalu laluan perlumbaan. hey mcm mana aku boleh sesat aku pun tak tau...nak kata tak baca doa naik kenderaan..eh, aku baca pe (thanks liz, klau ko xpaksa aku suh hapal d0a tu, sampai skang p0n blm tentu lagi). Ada ke kaitan sesat n doa? T0long jwb klau ade ustaz tu ye..

Ape2 pun selamat sampai ke garisan penamat (patutnya aku ni antara orang terakhir yg sampai, ni sampai terawal lak..). Terima kasih En. Polis! Lepas 3 Jam atas motor, aku pun turun untuk melaporkan..hah mcm itu Karam Singh Walia lak.. ;) Masa jalan aku tak pasti kaki aku jejak tanah ke tak..semacam je.. Lepas turun motor tu, tak de maknanya aku boleh catwalk!! aah model sungguh! Dah mcm gorila aku berjalan..haiyaa..manyak teruk woo..

cantek ke jalan mcm sblh m0del tu?

Wednesday, June 17, 2009

mana hilangnya..?


Sejak kebelakangan ni ade je barang aku yg dicari2 tp tak jumpa2..tah mana hilangnya. Aku salah letak ke? tertinggal masa g travel ke? adik aku yang suka mengemas tu sorokkan ke? entah la..aku p0n dah bosan mencari. Kali ni charger bateri kamera yg hilang...mana ni? kalau la boleh miss call kan bagus..


0h charger di mana kau!


Kebiasaanya bila aku yang cari barang mmg slalu tak jumpa..nak kata cari dengan hidung, eh aku masih gunakan mata utk tengok, nak kata aku cari guna lutut lagi la tak logik c0z mata aku kat bawah dahi je..tak turun sampai lutut p0n.. ;p


Kalau pagi2 aku nak g keje, soalan wajib di pagi hari aku:


aku: "bu, nampak tak along punya....." (barang yg aku cari la)


tak kesah la stokin ke, tudung ke, br00ch ke..pape je la. Tapi bila ibu tolong carikan kejap je jumpa...magic betul, nape aku cari tak jumpa? musykil..


Balik kat cerita asal, aku cari charger bateri kamera ni ada dalam sebulan tapi sampai skang tak jumpa2..pelik betul. Leceh la nak cari2 ni..aiy0oo mana daa ini charger???


-aku yang dalam kekeliruan-

Wednesday, June 3, 2009

Pulanglah..(ala2 merayu ;p)


Minggu ni agak bosan...separuh daripada rakan2 opis ku ke Melaka jadi urusetia kursus. Aku gembira sebab tak pergi skali. Nak tau nape? hehe c0z aku adalah "uruyangtaksetia".. Mungkin dah berkali2 aku setia menguruskan kursus2, kali ni nak jadi tanggang lak! ;p

tanggang versi perempuan! (eii xnak lah..)




Tapi disebabkan ketiadaan mereka ni, aku mati akal..tak boleh nak bergurau atau bergaduh! Duh, bosan sungguh..pulanglah rakan2 ku..(nanges dlm hati palsuku!). Nak buat kerja pun xde mud, walaupun projek bln 7 ni dah dekat sangat. Tah ape yang aku tunggu pun aku xtau. Bukan berniat nak makan gaji buta tp ilham xdatang lagi la. Semua plan dah ade, tapi sekadar atas kertas. Kerja2 fizikal belum lagi...yang membuatkan aku nak hangin, bila aku tempah dewan utk perasmian..makcik tu blh batalkan tanpa reas0n. huh! Ibarat bermain api di lautan bara...(arkk ape aku merepek ni?)
Balik la cepat! Walau pun korang balik esok tapi..cepat sikit bley x? Bosan la..

Wednesday, May 20, 2009

jalan2 lagi..


menuju puncak!



Edisi "Jalan2 Lagi"...kali ni aku n da geng g Cameron Highland pulak. Kalau ikutkan plan, baru je lagi.. seminggu sebelum ke sana. Tak boleh buat plan lama2 nanti xjadi n mcm2 hal. Al maklum lah, aku ni mmg keje kat opis tp kdg2 bz tahap melampau, yg sorang lagi fasilitator btn..hah lagi la ke sana sini tak tentu waktu..pastu sorang lagi nak kawin, mcm2 ada kat otak..baju dah ok ke? hantaran nak bagi ape? warna tema n mcm2 lagi...sampai tak keruan dibuek eh.. Jadi ada masa lapang n sume free..kita ronggeng!



Misi ke Cameron:


- Nak beli sayur2 n bunga fresh (katanya)...tapi kalau tak de la perkataan "fresh" tu, carik kat tesco, carre4 or pasar pun boleh jumpa kan? dasar alasan nak berjalan! hik.. ;p



- Saje nak ngabiskan duit.. ;))




Pagi2 lagi aku dah bertolak dari umah, amik azrina pastu zam. Tukar driver, g rawang lak...wah 2 jam aku dalam kete baru sampai rawang?! bila mau sampai ni? Ada la budak tu nak terberry la, kat umah x boleh..hah, kat umah tunang boleh la pulak kan? hehehehe...ngada2!



Ok selesai sesi jemput-menjemput, kami teruskan perjalanan...


Sambung cerita...




Ha..kat cni aku minum je, tu p0n selepas terg0da mendengar kata2 dusta + nista daripada penjual..katanya, sedap teh blackcurrent ni...Aku pun test la... cawan dia mcm kat mamak tp bekas gula dia lebih kurang sama besar mcm cawan air..hah nak suh aku kne kencing manis la tu! ko ingat aku nak kunyah ke gula pasir tu? duh... Minum punya minum, mana la rasa yg blackcurrent ni? klu ade sgt sikit...ke bau je? tah, yg pasti deria rasa aku elok lagi k.




kononnya ada rasa blackcurrent


Next, kami singgah di pasar tani..ape kata korang tgk n buat kesimpulan sendiri:





pantang nampak...ambik je



murah? ambik lagi...duit yg diperuntukkan belum abis!





penuh tangan...




cukup ke? utk mak, nenek, sedara, jiran, orang2 kampung..hik ;p




ape lagi nak beli ni?





akhirnya..mmg xsesuai bwk myvi, lain kali bawak la kete lain!





hah sudah2..dah jangan benti mana2 lagi, xmuat kete dah ni..sebelum balik kami sempat singgah ke ladang Boh (bukan singkatan utk bohsia or bohjan k..). Ikut sign board 2 km...sampai je tambah lagi 6 km...waduh! Utk langkah keselamatan setiap kali jumpa selekoh kene bunyikan hon..tunggu citer hon aku.




akhirnya berjaya sampai..aku, zam, azrina n aren




mcm citer hindustan x?






syok bet0l dok atas ni..



drama sebabak..


:))




nape kilang ni bau daun inai? musykil...



Masa nak turun kepala aku pening la pulak...lagi pening bila setiap kali jumpa selekoh, kete mmg wajib bunyikan hon tp kwn aku sorang ni pun menjerit bagi isyaratlah kononnya...aduh, bingit telinga aku..hehe..weh malu tau, aku rasa orang kat ladang teh tu blh dgr suara ko...cuba teka sape bdk tu? ;p



hah, lagi satu..edisi berjalan kali ni diserikan lagi dengan cerita2 yg menyakitkan telingan n ati aku..begini citenye..kawan aku ni bagitau yg kawan dia adalah sepupu Erra Fazira, kawan dia dok kat Sg. Choh n setiap kali kami masuk/ lalu area rawang..dia akan ulang n ulang cite ni mcm kaset rosak n masa ni la aku rasa nak marah mcm mulut nak kua api ibarat naga di tasik Chini! hik hik ;p... Erra sangat kan?! Ape aku kesah... ;p



Pape pun mmg best, mana xbest, bis kete penuh barang sampai ade orang tu tersalah amik barang aku siap bawak masuk umah dia...hehe. So, next aku xtau la kat mana tp nampak gaya nye sume pun bz melainkan masing2 buat planning ad hoc..ok done!