Thursday, October 28, 2010

situasi dan persepsi...

kali ni aku nak kupas buah eh... kupas sesuatu yang kita sering dengar...

"kalau makan... jangan bercakap"... aip! besa dia tu.. ohh yang ni ayat tambahan aku.. drama nak lebihhh.. :p

Situasi I:

dulu (yang ni hanya bayangan aku... tapi aku pasti ada logiknya.. *perasan!)

Orang dulu-dulu kerja membanting tulang 4 kerat... toreh getah, g sawah, turun laut, menebas, membajak dan yang sewaktu dengannya... untuk mencari sesuap nasi kononnya... memang tak kenyang la.. :p

Persepsi R:

Maka bila mengadap makanan pasti diam... bukan sebab apa... lapar lagi pun kat tempat macam tu mana ada cafe, kantin, mamak, mc D, KFC dan segala macam bagaikan??

Dalam keadaan penat + lapar pasti tak de masa nak sembang2, cerita2 atau nak buat lawak bodoh masa tu.. tak kan.. kalau ada orang tanya soalan pun, belum tentu dapat jawapan... kalaulah ada.. jawapan tu mestilah sekadar... ermmm... u uhhhh... mmmmm.. angguk2.. geleng2 kepala... (pernah tengok tak?)

Situasi semasa makan adalah senyap + sunyi sepi... boleh dengar bunyik cengkerik... kalau ada pun bunyik sudu yg diletakkan kat pinggan.. tah2 jantung berdegup pun boleh dengar... hihi

Situasi II:

Sekarang (zaman moden + berteknologi + berduit)

Kerja orang sekarang tak la membanting sangat tulang 4 kerat tu... mana tak nya, orang skang keje dalam office, ada aircond, duduk atas kerusi yang ergonomik, tak kena pun matahari.. al maklumlah ada tirai bagai... kalau kuar terkenalah pancaran matahari tu.. katanya sunburn, tak tahan panas, adehhh basah baju da ni... pakai sunglass ala2 paris hilt0n... erkkkk ;p

Tapi yang pasti 0tak digunakan untuk buat kerja2... so letihnya otak + fizikal = penat satu badan.. bila jadi macam ni, macam2 pulak boleh kita dengar... nanti balik keje ni.. i nak g salun la.. i pulak nak g spa.. hurmmm i... tak nak kalah punya pasal... i nak bercuti kat oversea... *ehem ehem.. kecaman demi kecaman aku bagi ni... sape2 terasa kira nasib la ye...

ha.. berbalik kat topik kita.. pasal makan dan bercakap...

Persepsi R:

Tempat makan bukan main banyak skang ni... jadi tak ada yang mati kebulur... kebanyakannya mati kekenyangan + berpenyakit akibat makan jugak... haa da makan tak hingat dunia.. macam tu la jadinya! Kalau kita perhatikan, tempat makan skang ni punyalah riuh rendah + huru  hara da macam pasar... meriahh orang kita bila dapat makan, bukan main suka lagi. Jangan kata bunyik jantung, bunyik handphone kat poket or atas meja pun kadang2 tak perasan! Maka, dulunya makan tak bercakap da bertukar jadi sambil makan sambil bersembang.. tak kira la, cakap kosong, sembang hal bisnes, lawak bodoh, ngumpat orang sebelah, mengata orang office erkkk ke mengata bos? gulp! cerita kesah2 silam, kisah hati dan perasaan dan macam2 laaa... kat mana2 p0n... itulah trend skang ni.

Bukan setakat tu, kat tempat makan skang kecuali lori yg jual cendol + rojak... da ada wifi.. ha.. lagi lama la orang nak abis kan makan... Mana taknya, sekali suap... pastu nak online fesbuk lak... suap lagi.. kawan da bagi komen kat status.. satu suap lagi nak balas komen kawan tu.. akhirnya sampai la kedai nak tutup makanan ada lagi kat pinggan, air panas da jadi sejuk, air sejuk melampau da jadi air bersuhu bilik.... abis meja basah... tisu berkotak2 ditarik nak lap meja berair + lap tangan + mulut + handphone tu.

Ha.. macam tu kalau rehat 1 jam memang la tak cukup kannn... tu la bezanya masa makan dahulu n masa makan skang... tu kalau kat luar laa.. kalau kat dalam rumah pulak, tengok aje la cerita/drama melayu..mesti bila time makan, masa tu la time bersembang... bukan apa... kalau kita fikir secara positif... masa makan la kita dapat kumpul sesama so, masa tu la semua ambil kesempatan bertanyakan apa2 je yang tersirat.

Realiti:

Aku tulis kisah ni sebab kadang2 bila da terlalu lapar, kita memang akan makan dengan kusyuknya.. sampaikan bila ada soalan2 yang ditujukan.. aku rasa nak hanginnn je.. tak nampak ke orang tengah lapau ni.. biarlah makan ni abis dulu! (sebab tu aku fikir... patut la orang dulu2 pesan... bila makan jangan bercakap) sib baik dia tak tambah... letak jari di mulut! hihi... da macam budak tadika beratur nak masuk kelas lak... kalau dia suh buat mcm ni... mcm ne makanan nak masuk mulut? ;p

Tapi bila kita dalam keadaan santai, perut pun tak berapa lapar... mmg la akan berlaku makan2 + minum2 sambil sembang2.. sangat seronok masa tu... happy je... lagi2 dapat online... erkkkkkkkkkkkk

Itu adalah persepsi aku mengikut situasi...

T A M A T


Sunday, October 24, 2010

orang kata dan kata aku...

beginilah selalunya aku dikaitkan:

bila kaki melangkah orang kata aku berkawad tak pun berjalan sepantas kilat,
sebenarnya aku tak reti jalan perlahan.. penat!

bila mula bersuara orang kata aku berdebat,
oh mana mungkin.. aku hanya menjelaskan perkara yang tersirat..


bila akal sedang berfikir orang kata aku merenung tepat,
ye ke?? mungkin kerana lompatan sinaps yang sedang ligat..

bila diam seribu bahasa orang kata aku tak boleh disakat..
namun sebenarnya aku sedang memikir ayat!

Thursday, October 14, 2010

perbicaraan bermula...

Memaksa mata untuk terus berjaga..

Membiarkan otak yang selama ini bersantai mula berfikir tentang perkara nyata..

Oh sudah cukup masa untuk berfantasi di alam maya.. tiada kesudahannya!

Laptop + broadband + connect = alam maya (semaya fikiran jika tidak dikawal)

Sepatutnya jari jemari ini menaip laporan yang harus aku siapkan, bukannya asyik tekan button up + down untuk membaca status terkini rakan-rakan di facebook. Penat sudah dengan sikap sendiri yang suka menangguhkan kerja yang sepatutnya!!

Otak kini seolah-olah berada di awang awangan…

Satu pertiga..nyata
Satu pertiga lagi di alam maya
Bakinya.. masih berkhayal

Tak ke mana jika terus begini…

Arah tujuan harus dicari.. jelas itu yang pasti! Bukan hanya menanti dan berharap tanpa bertindak.

Monday, October 11, 2010

percaturan minda..

Seperti mentol berada  di atas kepala..
Seperti cahaya yang terang di hujung jalan..
Seperti hati yang telah terbuka dan diterangi nur..
Namun langkah masih belum berani dibuka... bukan kerana takut, tapi memikirkan adakah ini langkah yang betul atau sebaliknya...
Pendirian aku yang cukup mudah:
"kita atur strategi.. tapi pastikan bukan kita yang kena checkmate!"
Sehingga hari ini masih mencari, jawapan kepada yang dicari hampir menuju ke sasaran.
Mengikut statistik R, soalan ini sudah berkali2 ditanya dan antara soalan glamer.. uhhh tak mudah utk melaksanakannya namun jika langkah pertama tak dibuka manakan dapat kita pergi ke penghujungnya.
Insya Allah sedikit masa lagi, jika dipermudahkan segala laluan pasti akan ku hampiri.

Hidup ni;
kalau tak sentiasa bersedia.. ibarat pahlawan yang bakal tumbang.
kalau sia2kan peluang.. ibarat makan yang dibazirkan.
kalau tidak berfikir.. ibarat besi dibiarkan berkarat.

Maka aku sentiasa suka dengan kata2 Ibnu Sina:
"Aku rela hidup pendek dengan berisi daripada hidup panjang yang kosong"

dan ayat yang selalu menjadi pencetus minda R utk mengatur strategi adalah:
"imagination is more important than knowledge"
- Albert Einstein -

: : masih sedang berfikir : :