Monday, October 13, 2014

pangkah setiap hari...

jari-jemari dikira-kira
bilang-bilang terasa lama
oh entahlah mengapa ini jadinya
mungkin sebab jauh di mata

hari-hari selalu ingatkan
ia bukan sekadar pesanan
bukan juga satu arahan
tambah-tambah lagi sebagai amaran

ia datang drp perasaan
kerana tersimpannya dlm ingatan
"jaga diri, jaga kesihatan"
kata-kata seperti rutin harian

jangan sekali-kali tak hiraukan
jangan pernah cuba utk abaikan
kerana semuanya bukan teks ucapan
tapi kasih yg cuba diluahkan

biar tak nampak tapi terasa
biar jauh namun tetap ada
kadang sepi tanpa berita
kerana kesibukan itu memenuhi masa.


No comments: