Friday, April 17, 2009

BTN

BTN..aku ada persepsi yg berbeza sblm n selepas pergi BTN.




SEBELUM :

  • Aduh, nape la kne pakai baju tema hitam putih..malasnya. Dah la kne bawa sabun, syampu dll sendiri. Kalau dok hotel xpayah bawa semua tu... :((

Hari pertama:


Kepala aku punya la sakit mcm kena tekan2..tak tahan!!



Hari kedua:

Pagi, kami subuh bersama2..ada peristiwa semasa sembahyang subuh..tapi xperlu aku hebahkan nanti kata orang tu.."heboh satu dunia".


Setia betul telinga aku dengar pembentangan kertas kerja...tak pe majlis ilmu, dapat pahalakan.. Tapi aku xdapat nak fokus sgt, masih belum bersedialah katakan..hehe


Setiap kali pembentangan kertas kerja, kami kena nanyi lagu Menara Bangsa.

Tiba mlm dah start LDK..wah menarik, baru la bergerak bdn aku ni..xde la dok je kat kerusi sampai panas kerusi tu..hik ;p Masa LDK ni dapat la cungkit bakat2 baru, imam pun blh jadi music conductor..tapi bagi aku pemenangnya adalah ehem2 (aku xnak sebut nama tu) bukan setakat tangan dengan kaki2 bergoyang..klu la simen tu blh bercakap mesti simen tu kata.."udah2 la tu..ko tenyeh2 aku ye mambang!" ;p


Hari ketiga:


LDK dalam kelas bermula, waktu sesi kenalkan diri aku dah kena provok giler2..aaaaaaaaaaaaa geramnya aku! sangat! Tapi aku masih menjawab..degil n aku xbersalah!! Bila dah kenal dengan semua ahli kumpulan kami start berbincang. Menarik... Marah? Mula2 ye la pastu..aku ok je, tak kan nak marah lama2 kan..nanti kene jual...hik ;p


Petang ada aktiviti kembara, best! aku suka..mana tak nya dah lama xbuat aktiviti mcm ni. Kumpulan aku steady je..xde rehat2 jalan terus tanpa henti, skali skala aku toleh jugak la tgk apa jadi kat orang blakang..nampaknya semua ok, masih berupaya utk berjalan. Tapi kumpulan kat depan aku tu terjerit2, tah apa yg dipekikkannya aku pun xpaham.. yang pasti mmg ada yang sangat peka..xperlu signage utk menyatakan depan curam atau ada pokok berduri..semua tu kerja orang depan. Hehe bagus.."sharing is caring" kann..


selepas aktiviti kembara..makan ikut kumpulan, jgn lupa doa dulu!
Lepas makan basuh pinggan & cawan sendiri..sendiri mau ingat!

Malam diteruskan lagi dengan aktiviti LDK..biasanya kumpulan aku yang lambat keluar tapi tu bukan satu tekanan, masa yang diperuntukkan utk perbincangan mmg digunakan sepenuhnya utk fasi n kami berdiskusi. Cewahh ayat..

Hari keempat:

Pagi, semua peserta yg tiada masalah kesihatan kena lari 2 km. Lama aku xlari jauh2, lari rumah pun xpernah. Dengan kekuatan mental n fizikal kami gagahkan jua utk tamatkan larian tu..Mulanya aku nak teman si Hanafi..lama aku xlarat nak jalan, lambat n menambahkan lagi kepenatan aku! So aku sambung lari, hah jap lagi budak Napi tu terjerit panggil aku.."Hye, ko kata nak teman aku"..aku pun jawab dengan jujurnya "Tak larat la nak jalan, dah banyak dah taik lembu aku pijak nih!" sambil berlari2 anak..hehe. Apa2 pun aku dapatlah habiskan larian tu dalam 11 minit ++.


Kemudian sambung lagi LDK, dalam otak aku terfikir, hari ni last LDK. Semalam mula, hari ni dah habis. Cepatnya masa berlalu.


Malam, kali ni kami semua masuk semula dewan utk LDK bersama. Ada beberapa aktiviti yang memberi kesan kepada peserta. Ada yang nangis gak. Aku? Masa tu aku xberapa nak ada perasaan jadi x la meleleh air mata aku ni.


Cuma sesi kali ni buatkan aku terfikir betapa susahnya pemimpin2 kita utk memperjuangkan nasib bangsa dan sekaligus utk membentuk sebuah negara sehinggalah apa yang kita dapat pada hari ni. Aku bersyukur kerana adanya orang2 yang mempunyai semangat juang yang tinggi, sanggup ketepikan kepentingan diri sendiri semata2 utk mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan harmoni. Namun kalau kita yang ada pada hari ini, leka, alpa dan asyik merungut mcm2..kitalah yang sebenarnya rakyat yang tidak mengenang budi!


"Bangkitlah wahai kita semua, satu hati ke arah kemakmuran sejagat"

Hari kelima


Ada ujian!!!!!!!! Aku dah setkan dalam otak aku..45minit je jawab soalan. Bukan nak tunjuk pandai ke apa tapi aku betul2 dah ngantuk dan terasa kepenatannya setelah 5 hari berkursus. Akhirnya rancangan aku menjadi. Keluar dewan je, kami kena g minum pagi n akulah orang pertama sampai kat bilik. Apa lagi masa yang ditunggu2, tdo!


Dalam pukul 11 pagi kami berkumpul semula utk majlis penutupan. Kemudian ada sesi salam2 sambil berkumandang lagu "teman sejati". Mmg dah lama xdengar, dulu kat matrik slalu la.
Ucapan daripada Penghulu..aik mana hulubalang?


lagu "teman sejati"


ingat Mak Jah, ingat Chicken Dance!


Kegilaan ramai.. Pak Abu Comel!


SELEPAS


  • knapa la aku lambat g BTN ni..banyak benda aku dapat lebih2 lagi bab2 kenegaraan yg sekarang ni orang hanya bercakap berlandaskan emosi n apa sahaja yg difikirkan betul dan bukannya bercakap mengikut fakta yg betul!


  • knapa la 5 hari je..patut lama lagi..


  • patutnya LDK kena panjang lagi supaya banyak isu dan fakta boleh didedahkan..

Secara peribadi, aku berpendapat kursus ni mmg sangat bermanfaat kepada aku dan semua peserta lain. Barulah aku tersedar bahawa pentingnya untuk kita mempertahankan kedaulatan negara kita sendiri. Kalau bukan kita siapa lagi? Pekerja asing?


Terima kasih kepada semua ketua fasilitator, fasilitator2 terutama fasi kumpulan 10 dan jurulatih2 di kem n tak lupa sepada kumpulan aku yang best!


Kumpulan 10 best! Macam bdk2 sk0lah kannn..

7 comments:

Anonymous said...

sangat best ok BTN...
kumpulan 10 yg best giler...nice knowing u... :D

-aini, ptm-

R28est said...

-aini-

mmg best..ni kene buat reunion ni.
d0k sama2 tmpat keje pun xjumpa kann..

yatie chomeyl said...

rajinnya nak g BTN lama2...nak mkn free tiap2 hari yerk? :p

R28est said...

-ma yg buyung-

makan, aiman xkesah..ni ttg fakta, nanti tak de la tpengaruh dengan dakyah2 ni..

tp klu dok lama2 blh kurus sebab teringat masakan ibu..hari2 mkn kat umah tau, ibu yg masak! jgn jeles ye ;p

Angah said...

kat sekolah menengah kena pegi BTN,
kat universiti kena pegi BTN,
keje swasta kena pegi BTN
masuk keje gomen kena pegi BTN, naik naik gred kena pegi BTN

Rasanya banyaakkkkk kali dah angah pegi BTN...semput...

a z m i r said...

aku tak pegi lagi..harap2 best mcm ko la. Aku pun nampak gayanya kena masuk kumpulan 10 ni..

R28est said...

-azmir-

hehe nak kump 10 eh? motif? mau jadi kump best kan? ;p

enj0y yah nanti..