Saturday, May 16, 2009

Selesai praktikal...

Lambatnya aku update berita ni..kat otak ni kadang2 hilang ayat nak berkata2. Ni pun tak berapa nak ada mo0d utk tulis tp kalau tangguh2 bila mau siapkan?

Bulan lepas aku dah lengkapkan keempat2 praktikal aku sebagai komisar pelatih..mesti ada yang tertanya2 apa tu komisar? tak pernah dengar pun? Kalau ikut kamus DBP Edisi Ke-4, komisar ialah:


1. pegawai parti komunis yg di­tugaskan kpd unit tentera utk mengajar prin­sip dan keunggulan parti;

2. ketua jabatan kerajaan di Rusia sehingga tahun 1946.

Eish2..tak sesuai takrifan tu, sebenarnya komisar ialah orang yang tahu mengenai undang2 dan pentadbiran berbasikal (definisi ni tak la sepenuhnya..ada lagi tp terlupa..aiyakk). Nak kata pengadil, bukan sekadar pengadil...nak kata urusetia..eh lebih daripada tu kerja2 dia..mmm mungkin ada orang payah nak paham tp xpe la..x larat nak explain (sebab tu la aku mmg tak sesuai jadi cikgu! ;p).


Apa2 pun, kali ni aku buat praktikal utk Kejohanan Trek Pelapis Kebangsaan Sirkit 1/2009 di Velodrome KL. Menariknya kali ni, aku bertugas sekali dengan ayah. Ayah pun komisar gak.. Cuma tugas tugas je lain2, utk kejohanan kali ni ayah jadi pengadil.

Velodrome KL


masa kejohanan ni..nama Azizulhasni tak lekang dari bibir emcee


Bila bertugas barulah aku faham mcm mana acara trek dilangsungkan. Banyak acara kat trek ni..ibarat acara trek kat stadium la..ada 100 m, 200 m, 400 m, 4 x 100 m dan sebagainya. Bila kat trek ni, perkara yang paling penting adalah KERJASAMA..hehe mcm kartun wonderpet plak..ape yg penting? KERJASAMA.. ;)

Semua mesti peka bila setiap kali acara berlangsung. Alasan tak tahu tak boleh diterima, bak kata makcik yg pernah aku terserempak kat sebuah negeri ni kata.."ADA MULUT TANYA LE". Hey la makcik, sampai skang ayat tu terngiang2 kat telinga aku ni..



wah..tekunnya aku! hee ;p

Bukan setakat ayah, tapi busu aku pun ada bertugas gak cuma busu bahagian lain...tambah best, saudara aku pun ada gak yg datang tgk.. Mana taknya, dulu ayah aku bekas pelumba basikal negara..tahun 70-an, hadiah dulu xla menarik mcm skang ni..dapat duit, dapat tanah n mcm2. Kalau dulu, ayah kata dapat meddle je..selebihnya keseronokan dan kepuasan utk diri sendiri. Busu n ada beberapa orang lagi saudara aku termasuk la aku pernah jugak join basikal ni. Tapi xla sampai wakil negara..hehe. Jadi acara berbasikal ni mmg dapat perhatian dikalangan ahli keluarga aku sendiri...sebab tu la mereka sanggup datang, tunggu sampai hujan reda semata2 utk memberi sokongan terhadap sukan yang best ni.


sporting bt0l sedara2 aku ;p

ayah..

pelapis negara..

semangat!

bersama sifu..tunjuk ajarku sifu!

Maka selesai sudah praktikal aku..yang pasti bulan Jun ada lagi tugas aku yg bakal menunggu...

2 comments:

Angah said...

tahniah.

Angah pun dah habis praktikal masa piala tengku mahkota

sirkit remaja kebangsaan kat rompin last week kira btugas betul la agaknya haha

slmt btugas dlm kejohanan akan dtg.

East Coast Cycling Team said...

Salam...R28est...Rider tu dah ok dah. Turun training dah pun. Oh rupanya puan komiser kita rupa nya. Selamat menjalankan tugas komiser dangan adil dan saksama.... Salam dari kami Persatuan Berbasikal Dungun.