Friday, September 5, 2014

password pun salah..!

Tah berapa kali aku blasah je password yang aku tau... salah, salah, salah, cuba lagi, cuba gagal dan tah ke berapa kali baru cuba jaya... haihhh mana taknya da 3 tahun tak update! Macam lama, tapi tak berapa nak rasa. Mungkin sibuk sangat dengan soal duniawi yang mmg tak ke mana ni.

Terasa mcm benda da sangat lama aku tak buat bila hari ni menghadap laptop, layankan je lagu yang ada, massage kaki (mula2 aku rasa nak tendang gak mesin ni sbb geli tahap bewak, tapi ok la bila da lama tu). Niat asal nak tgk muvi kat laptop ni tp citer yg adik2 aku dwload ni tah pape tah... tak menarik perhatian. Ade ke nak layan korea, mmg tak laaa...

Teringat beberapa hari lepas, ayat dalam hati... "bukan senang nak senyum"... baru hari tu aku dapat rasa betapa susahnya nak senyum di kala mmg tak boleh nak senyum... haaaa apa aku cakap ni? Biasa mmg aku la suka main2, ni pagi datang keje dok diam je. Aku tak la pagi datang keje n kepoh satu ofce tp sekurang2nya tak nmpk senyum kat muka, aku senyum dalam hati... heee dalam hati pun boleh senyum, ko apa tau? Patut la senyum itu sedekah, terasa bukan main mahal lagi senyum aku utk hari tu... mungkin gaji pun tak semahal itu. Doa aku, semoga lepas ni senyum itu biarlah terukir walau apa pun keadaan celaru minda + hati ini.

Untuk perkataan yang masih terlekat di otak dan hati ni takkan ku biarkan ia dicuci, kekal la... tak mengapa kerana aku sentiasa positif, untuk aku tak ada satu keputusan pun yg muktamad selagi belum masanya. :)



Selamat malam dunia!

Monday, September 5, 2011

gigi bongsu... wachaaaa!!

Malas aku nak buh intro yang katanya lama tak update... korang sedia maklum la kannn... :p

Masa aku menaip ni, memang tengah sakit tahan gusi yang bengkak akibat gigi bongsu yang aku pun tatau la  ni betul2 bongsu ke apa... adoiiii tuhan je yang tahu... pipi sebelah da bengkak. Hari tu pun kena macam ni, aku amik keputusan cabut je, ni yang bawah lak... pengsan laaa macam ni.

Aku jumpa dr tadi, katanya... nanti SAKIT SEKALI LAGI baru cabut... apakah dr??? nak tahan sakit skali lagi tu yang tak sanggup... Ikut hati nak je aku wachaaaaaaaaaaaa gigi ni!! haihhh...

K la, tu je... tanak taip banyak2 :p

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Tuesday, May 24, 2011

facebook

lama terbiar... asyik2 update kat facebook je, maka da biasa taip yg pendek... bila nak taip kat blog ni rasa terseksa mcm budak darjah 5 nak  buat karangan pulak... ;p

beberapa bulan da menyepikan diri dari dunia R28est ni... bukan tiada cerita yang hendak dikongsikan tetapi malas tahap biawak.. (binatang yg glamer dikalangan geng best!! ~ tetiba teringat lak zaman2 matrik).

susah betul nak mulakan sesuatu yg da lama tinggal ni... ok ok mmm mana nak mula ni?? jap2.. bak kata cikgu dulu.. "kamu tulis dulu isi2 lepas tu baru buat karangan"... anak murid mithali sgt kan, boleh ingat lagi kata2 cikgu, mmg cikgu ni bagi impak yg besar sebenarnya. tQ cikgu2 saya!! ngeeeeee :d

ok baru dapat idea setelah sekian lama berfikir... FACEBOOK!

mula2 aku dipaksa oleh seorang kawan utk bukan akaun fb ni... katanya utk kawan2 skola rendah dulu... bagus jugak idea tu... mmg menjadi la... setelah 15 tahun akhirnya berjumpa!! ada yang da kawen, keje mcm2 jenis keje... ada yang dalam & luar negara... best! lagi best ada yg mmg sangat nakal dulu... tp akhirnya jadi budak yg sgt la baik nya... :))

niat aku buka akaun adalah untuk kawan bukan berkenalan, maksud aku... bukan utk orang yg aku tak kenal dan bkenalan kat situ... sorry sangat2 aku mmg tak minat mcm tu... sebab kat fb ni mcm2 ada, status, komen, gambar dll... kadang2 rasa mcm perlu ke utk aku update status? sekadar kawan2 tak de masalah, tp yg tah apa2 ni yg payah... mungkinkah satu hari nanti aku akan buat sesuatu dengan list yang ada tu???

tunggu je mood hati kering aku.... ;p

Tuesday, February 22, 2011

tah apa2...

hello... hello... arr ape tak dengar?? eh salah.. ni blog rupanya.. ;p

annoying tak intro...

entah kenapa, macam biasa bila semuanya hanya terbuku dalam hati... maka tiada baris2 ayat yg boleh ditaipkan... tak terkeluar..

cuma agak kehairanan bila aku seolah2 tiada hobi di kala ini... musykil sungguh, mana la hilangnya semua kesukaan/ kegemaran aku tu...? eh hobi meh datang balik sini, bosan tau tak de ko... pulanglahhhh!

k la... macam hati kering je nak cerita... (ter0k betul bila rasa macam ni... ;p)

Thursday, January 6, 2011

niat di hati nak bersahaja.. tetapi ter"emosional" pula...

hi..

Hampir seminggu di tahun baru... kali ni tahun baru disambut dengan perasaan yang bercampur baur... gembira dan sedih. Gembira bila aku masih dapat merasa gantian tahun, tahun ni tahun terakhir utk aku berbangga dengan angka 2. Tahun depan jika masih wujud di bumi ini, ohhhhhhhhhh pastinya tiada lagi angka itu!! 

Gembira juga apabila melihat, kawan sekolahku.. kawan sekolah rendah ok... ke jinjang pelamin. Memang rupa ko macam King! King sehari... nampak segak berbaju pengantin. Selamat Pengantin Baru!!

Sedih, perasaan ini tak aku harapkan... cuma tiba2 mendatang bila melihat wajah cikgu yang selalunya ceria + riuh dengan cerita2 terlantar di hospital. Aku masih ingat 20 Ogos 2010, tumpuanku hilang seketika utk bekerja.. Lantas sms sahabat dari bangku sekolah lagi... Azrina untuk temankan aku ke sekolah. Yes, on! Pasti menjadi je kalau berdua.. mudah. Bukan setakat tu, kami sempat lawat cikgu, cikgu bio masa form 4 n 5. Best ok!! Cikgu juga sama rumah hijau dengan kami + cikgu penasihat untuk Kelab Pencinta Alam... 

Sampai di rumah cikgu, macam biasa... telinga kami didendangkan bukan dengan lagu tapi dengan pelbagai cerita2 cikgu, rasa sangat senang dengan keadaan tu. Mungkin da lama tak dengar suara tu, kali ni bukan topik biologi tp pelbagai. ^_^

Sekali lagi, 30 Nov 2010 kami datang jenguk cikgu di rumah... kali ni agak berlainan bila... bila... oh perasaan sedih sila pergi.. syuhhhh syuhhhhhhhhhh... bila kami jumpa cikgu dan cikgu terbaring dikatilnya. Tapi ceritanya seperti biasa.. bisa menghilangkan stress kerja2 ku! Bahagia seketika... Tujuan kali ni adalah untuk bincang mengenai reunion sekolah pada 22 Jan 2011. Cikgu betul2 menyokong + siap nak tubuhkan alumni utk sekolah. Semangat!! Sedang asyik cikgu bercerita... tiba2 mungkin sebak yg cikgu rasa, lantas dipegang tangan Azrina dan teruskan kata2nya. Masa tu, cikgu sedih... sedih juga aku rasakan... cuma ditahan supaya tidak memburukkan keadaan. Ketika tu juga, cikgu ada minta utk kami betulkan keadaannya supaya lebih selesa + sempat lagi tunjukkan ubat2 cikgu.

Jumaat 3 Dis 2010, dapat tahu cikgu di hospital... kami sempat lawat pada 4 Dis lepas je kenduri kawin kawan. Sahabatku Azrina sempat nak beli bunga bagai utk cikgu... ok apa2 aje... Cikgu sambut kami dengan sapaan-sapaan yang meriah... macam biasalahkan... ;)) 

1 Januari 2011... facebook adalah rutin utk aku. Aku terbaca di status cikgu yg mungkin di update oleh anaknya... supaya memaafkan cikgu dan ada dua lagi status daripada cikgu2 aku ttg cikgu... oh seperti sesuatu tidak kena. Lepas g wedding si wan aku n Azrina ke hospital. Di tingkat yang sama, wad yang sama malah katil yang sama. Keliling orang sedang bacakan yassin. Aku lihat cikgu tidak bermaya.. tidak seperti biasa. Antara sedar dan tidak... tak tahan sedih!!

Lebih kurang 9 pagi di hari kedua tahun baru, aku terima panggilan daripada cikgu Mariam yang aku terserempak di hospital semalam, katanya cikgu da tak de. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un... cikgu telah pun kembali ke rahmatullah. Sempat kami jenguk cikgu semalam tapi tak dapat berkata apa2...

Dalam perasaan yang masih bersedih, kami hadir ke pengkebumian cikgu... Buat kali terakhir menatap wajah cikgu, memang da tak dapat nak sembunyikan lagi apa yg tersirat di dalam hati ni... 

Buat arwah Pn Sabrizah, kami tak akan lupa jasa dan pengorbanan cikgu selamanya. Kini tiada lagi cerita2 daripada cikgu, hajat utk berkumpul di reunion juga tak kesampaian dan yg tinggal adalah kenangan + ilmu yang cikgu berikan.

Al Fatihah untuk Pn Sabrizah Mohd Salleh dan takziah buat keluarga cikgu.


Thursday, December 2, 2010

R Quotes...

Andai kamu seorang kawan, pasti hati telah tertawan
Andai kamu bergelar sahabat, pasti kamu orang yg hebat
Andai kamu menjadi teman, kamu adalah penyambung warisan
Andai kamu seperti tersenarai, ketahuilah bahawa kamu sangat dihargai

Tiada istilah delete kawan, sahabat mahu pun teman di hati
Kerana storage untuk kalian terlalu besar dan permenant
Tiada satu pun yang akan terkeluar
Biar berapa pun yang masuk
Kamu tetap dalam memory ingatan ku

Jika ada yang terasa diketepi
Mohon dimaafi
Tiada niat di hati
Mungkin terleka dibuai mimpi
Sehingga terlupa bahawa kamu ada di sini….




Friday, November 12, 2010

seloka...

Muka manis bukanlah bergula
Hati riang tak semestinya bercinta
Jiwa tenteram pastinya anugerah sang Pencipta
0h begitu hebat jika begini setiap masa!

Kadang-kadang terkecil hati
Bukan sengaja tapi inilah realiti
Hidup bukan sentiasa hepi
Usah risau ini cuma dugaan Ilahi

Jika semalam...





Hari ni dan harap kekal selamanya...


You make serious face like this, you scare away good energy. To meditate, only you must smile. Smile with face, smile with mind, and good energy will come to you and clear away dirty energy. Even smile in your liver."
Ketut (Eat Pray Love)

A smile is happiness you'll find right under your nose. 
Tom Wilson (American Cartoonist)