Friday, September 5, 2014

password pun salah..!

Tah berapa kali aku blasah je password yang aku tau... salah, salah, salah, cuba lagi, cuba gagal dan tah ke berapa kali baru cuba jaya... haihhh mana taknya da 3 tahun tak update! Macam lama, tapi tak berapa nak rasa. Mungkin sibuk sangat dengan soal duniawi yang mmg tak ke mana ni.

Terasa mcm benda da sangat lama aku tak buat bila hari ni menghadap laptop, layankan je lagu yang ada, massage kaki (mula2 aku rasa nak tendang gak mesin ni sbb geli tahap bewak, tapi ok la bila da lama tu). Niat asal nak tgk muvi kat laptop ni tp citer yg adik2 aku dwload ni tah pape tah... tak menarik perhatian. Ade ke nak layan korea, mmg tak laaa...

Teringat beberapa hari lepas, ayat dalam hati... "bukan senang nak senyum"... baru hari tu aku dapat rasa betapa susahnya nak senyum di kala mmg tak boleh nak senyum... haaaa apa aku cakap ni? Biasa mmg aku la suka main2, ni pagi datang keje dok diam je. Aku tak la pagi datang keje n kepoh satu ofce tp sekurang2nya tak nmpk senyum kat muka, aku senyum dalam hati... heee dalam hati pun boleh senyum, ko apa tau? Patut la senyum itu sedekah, terasa bukan main mahal lagi senyum aku utk hari tu... mungkin gaji pun tak semahal itu. Doa aku, semoga lepas ni senyum itu biarlah terukir walau apa pun keadaan celaru minda + hati ini.

Untuk perkataan yang masih terlekat di otak dan hati ni takkan ku biarkan ia dicuci, kekal la... tak mengapa kerana aku sentiasa positif, untuk aku tak ada satu keputusan pun yg muktamad selagi belum masanya. :)



Selamat malam dunia!

No comments: