Tuesday, December 29, 2009

sesuatu yang tak disangka...


"Sesuatu yang tak disangka sering kali mendatangi kita, itukah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan"....


Nyanyi lagi...padahal ni bukanlah Red Box, KTV, Superkaraoke or Silver Box...eh pernah dengar ke Silver Box?...ha yang ni special skit..hanya aku je boleh dok karaoke dlm ni..tu p0n masa drive je..faham2 sendiri haaaa ;p


Sebenarnya kali ni aku nak share tentang "hari yang sungguh memenatkan"...eish da mcm tajuk cerita spongebob lak...hihihhihi ;p


Jam kat hp menunjukkan 5.07am...aku terima m0rning call...eh xde la, ni call dari adik aku. Pastinya buat hati berdebar, asal call pagi2 buta ni??? nak kejutkan subuh ke?? ke nak suh aku g keje awal?? ha, semua persoalan tu hanyalah rekaan semata2...tambah merisaukan bila suara tak ceria, ala2 sedih tgk hindustan..makin tak tenteram hati aku. Setelah dengar tajuk utama perbualan..nak hangin p0n ada..mana taknya LAPTOP n WALLET kena curi dalam bilik c0z tido tak kunci pintu..Sangat mulia dapat rumet macam ni kan?? Sanggup tak kunci pintu sebab tunggu rumet pulang ke bilik...hallaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Mana la tak aku hangin, aku mmg da pesan kat adik aku ni, tido mesti kunci pintu dan tingkap. Al maklumlah, sebagai langkah keselamatan. Apa2 pun SAFETY FIRST! Tapi nak marah2 p0n tak guna, aku cuba kembalikan keadaan kepada paras normal.


Aku terus bangun dan keluar, gerakkan adik aku yg 2nd n si kembar yg sorang lagi...tak sangka, sangat ambil berat ttg berita tersebut. Aku p0n masuk bilik n bercita2 nak sambung tdo jap je lagi...(da ter0k da ni...ade ke patut) tapi mmg patut coz nanti aku g keje aku singgah jumpa adik aku. Aik, aku tgk knk2 dua orang ni bersiap, hah abis la..gengster nak g huru harakan keadaan kat sana...lantakkanlah...sekurang2nya yg tgh berdukacita dapat sokongan moral drp family.


Seperti biasa aku g keje, jumpa bos terangkan keadaan dan terus g jumpa adik aku...mcm2 urusan nak kena buat. Balik opis da tghari jadi aku mohon kebenaran utk terus cuti je hari ni. Petang ada lagi benda nak kena buat. Jadi hari ni aku ke hulu ke hilir utk menyelesaikan perkara yg perlu.


Aku rasa sgt letih, namun agak senang hati bila banyak perkara telah diselesaikan. Barang yang hilang usah dikenang! Aku sangat beruntung punya family yang mcm ni...nak kata kaya tak jugak cuma kita perlu fikirkan secara positif. Tiada gunanya bebelan di saat ini. Apa yang penting adalah kata2 semangat dan seperti yang dijangka ayah mmg suruh g survey laptop baru. Aduh, orang yg gaji belas2 ribu p0n fikir berkali2 sebelum beli dan lebih dasyat sampai ada yg bawa balik rumah harta2 pejabat...malu!


Ayah mmg tak pernah berkira kalau urusan barang2 utk belajar...apa saja..as u wish, biasanya dapat! Mmg best!!


Cuma aku berharap agar adik2 aku lebih menghargai dan pandai jaga barang...ingat, kita bukannya jutawan, hartawan...hanya biasa2 saja.


Ok tu je buat setakat ni....kepada si pengambil laptop n wallet tanpa kebenaran tu, silalah fikirkan akibat mengambil hak orang dan yang pastinya tidak berkat. Semoga Tuhan bukakan pintu hatinya...amin.

2 comments:

d u t a said...

+ takziah +
moga lain masa ada rezeki lain... mmm... so sad news kan pagi2 lagi dah camtuh! mmmm... k laa... hati2 juga dimana2.

R28est said...

tq tq... ;)