Sunday, October 24, 2010

orang kata dan kata aku...

beginilah selalunya aku dikaitkan:

bila kaki melangkah orang kata aku berkawad tak pun berjalan sepantas kilat,
sebenarnya aku tak reti jalan perlahan.. penat!

bila mula bersuara orang kata aku berdebat,
oh mana mungkin.. aku hanya menjelaskan perkara yang tersirat..


bila akal sedang berfikir orang kata aku merenung tepat,
ye ke?? mungkin kerana lompatan sinaps yang sedang ligat..

bila diam seribu bahasa orang kata aku tak boleh disakat..
namun sebenarnya aku sedang memikir ayat!

Thursday, October 14, 2010

perbicaraan bermula...

Memaksa mata untuk terus berjaga..

Membiarkan otak yang selama ini bersantai mula berfikir tentang perkara nyata..

Oh sudah cukup masa untuk berfantasi di alam maya.. tiada kesudahannya!

Laptop + broadband + connect = alam maya (semaya fikiran jika tidak dikawal)

Sepatutnya jari jemari ini menaip laporan yang harus aku siapkan, bukannya asyik tekan button up + down untuk membaca status terkini rakan-rakan di facebook. Penat sudah dengan sikap sendiri yang suka menangguhkan kerja yang sepatutnya!!

Otak kini seolah-olah berada di awang awangan…

Satu pertiga..nyata
Satu pertiga lagi di alam maya
Bakinya.. masih berkhayal

Tak ke mana jika terus begini…

Arah tujuan harus dicari.. jelas itu yang pasti! Bukan hanya menanti dan berharap tanpa bertindak.

Monday, October 11, 2010

percaturan minda..

Seperti mentol berada  di atas kepala..
Seperti cahaya yang terang di hujung jalan..
Seperti hati yang telah terbuka dan diterangi nur..
Namun langkah masih belum berani dibuka... bukan kerana takut, tapi memikirkan adakah ini langkah yang betul atau sebaliknya...
Pendirian aku yang cukup mudah:
"kita atur strategi.. tapi pastikan bukan kita yang kena checkmate!"
Sehingga hari ini masih mencari, jawapan kepada yang dicari hampir menuju ke sasaran.
Mengikut statistik R, soalan ini sudah berkali2 ditanya dan antara soalan glamer.. uhhh tak mudah utk melaksanakannya namun jika langkah pertama tak dibuka manakan dapat kita pergi ke penghujungnya.
Insya Allah sedikit masa lagi, jika dipermudahkan segala laluan pasti akan ku hampiri.

Hidup ni;
kalau tak sentiasa bersedia.. ibarat pahlawan yang bakal tumbang.
kalau sia2kan peluang.. ibarat makan yang dibazirkan.
kalau tidak berfikir.. ibarat besi dibiarkan berkarat.

Maka aku sentiasa suka dengan kata2 Ibnu Sina:
"Aku rela hidup pendek dengan berisi daripada hidup panjang yang kosong"

dan ayat yang selalu menjadi pencetus minda R utk mengatur strategi adalah:
"imagination is more important than knowledge"
- Albert Einstein -

: : masih sedang berfikir : :

Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri 2010..

Salam

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin buat semua...

Baru je dapat sedikit m0mentum untuk menaip + mengarang ni.. huhu punya la lama terbiar bl0g ni. Sian ko kann.. dapat tuan mcm aku..

Sampai skang ni.. aku masih dapat baca keluhan rakan2 kat fesbuk sebab da mula bekerja.. Kadang2 rasa pelik jugak sebab salah ke beraya di tempat kerja? Mesti ke raya hanya di kampung atau rumah atau asal raya je kena cuti.. asal cuti je raya? haaa.. ye ke?? e eh.. ter'emo' pulekk.. bukan apa, aku tak suka sangat bila orang asik2 mengeluh pasal kerja.. kalau da malas, sila la duduk aje kat umah tak payah kerja2.. ni merupakan satu kecaman drp aku yang bernama R.. hihi peace2 :p

Opss jangan ler terasa lak atau bak terma GENG BEST "berhati kambing"... mmmmbekkkk!!

Disebabkan masih syawal lagi, aku p0n ambil kesempatan nak citer sikit pasal raya.. Tema raya: Sempoi! Al maklumlah, selalu semua ahli keluarga ada depan mata tapi kali ni kurang s0rang, so pagi2 raya da skype.. Macam2 permintaan drp si adik aku s0rang ni... nak tgk kita makan la, suh tunjukkan menu raya la.. Persiapan p0n besa2 gak.. tak de la aku or lain2 ahli keluarga ghairah nak membeli belah ikut warna tema mcm sebelum ni.. Semua p0n macam tak de perasaan nak raya.. huhu.. Kalau aku, lagu raya p0n aku tanak dengar! Tak best la bila kurang sorang ni... tapi tak de la sampai sedih/hiba/sebak.. cuma perasaan tu mmg tak de... Asal dengar lagu raya je aku tukar channel, paling senang pasang CD yang kawan aku tinggal kan dlm kete.. lagu pilihan Aishiteru.. hihi sila google sendiri @ kat u-tube p0n ade... erkkkk tetiba terpromote lakk.. ;p

Cukup la tu citer pasal raya ni.. nanti kalau panjang umur bulan Dis ni baru rasa raya.. hihi :p

Sunday, August 1, 2010

nyamuk....fuhhhhhhh

Hi...

Kali ni aku tulis ikhlas dari hati tanpa laser drp kawan...hihiihi ;p

Tapi tulis p0n disebabkan oleh faktor persekitaran yang gelap, maka ada sang nyamuk yang d0k menyibuk teman aku ber"faceb00k"...hishhh semak bet0l la!

Sebenarnya aku memang tak pandai nak tepuk a.k.a bunuh nyamuk ni...mesti tak kena!! Adakah angin drp kelajuan tangan aku menyebabkan nyamuk tu terbang dulu sblm ditepuk atau memang tangan aku bukan tangan pembunuh...pembunuh nyamuk...jangan salah sangka lak ye... heeeeeeeeeee ;p

Biasanya bila nampak nyamuk, dengan rasa keperimanusiaan aku tiup je nyamuk tu.... fuhhhhhhhhhhhh.....  ha mulia kan aku??? Tapi oleh kerana sekarang ni ramai yang mati akibat nyamuk, aku p0n kon0n2 nya berwaspada laaa...nak tepuk eh bunuh tapi sangat jarang yang mati di tangan aku ni...

Aku da cuba sebaik mungkin nak tepuk nyamuk...tapi mesti si nyamuk tu sempat terbang, haihhh...ini boleh membangkitkan kemarahan!! Paling senang spray je....tu p0n tak mati, pengsan sekejap...kebal bet0l la... Kalau spray byk2 lak...orang yg matiiii...nyamuk??? pas 2-3 minit leh terbang balik...aiy0oooo mmg hangin je...

Pasal nyamuk p0n aku bleh tulis kat sini...glamer bet0l ko kannn nyamuk...nyampah aku!! Hye nyamuk, jgn skali kali ko lalu kat telinga aku...tu mmg satu kepantangan!! 0k cukup...kisah sang nyamuk yg menyib0k!


Wednesday, July 21, 2010

wah wah wah....

salam...

Aku bukanlah menulis kerana HENDAK menulis tapi kerana kata2 eh salah laser k0nonnya daripada seorang kawan yang suka berlariiiiii.... ;p

Wah2...kemain lagi ye kawanku s0rang tue...setakat laser dalam kategori sinaran tak mengi0n tu apa la sangat...tak heran...bagi sinaran mengi0n kang baru tau...hurmmm kawanku, tau ke apa maksudnya tu??? iihihhi google search je la ye....

Sekarang ni aku berulang-alik ke PP*** bagi menjayakan program tahunan. Kerjanya tak la mudah yang disangka dan tak la susah sehingga tak dapat dijayakan, apa yang penting semangat untuk menjayakan dan menyelesaikan sesuatu perkara! en kawan, kalau kita kerja p0n dikira ibadat kannn??? lalalalalalala ;p

Sebenarnya aku sangat tak sabar nak sudahkan apa yang dirancang ni, nak tengok OUTCOME nya. Harapan aku, sambutan daripada tuan tanah dan penghuni2nya memberansangkan dan boleh memberi impak yang besar dalam menjalankan tugas selepas ni. Haihhhh, tetiba ayat cam f0rmal lak...mana ayat mengar0t aku ni?? hey la ayat...sila datang sekarang!

0h ye, oleh kerana tugasan ini, aku agak kurang utk bers0sial dgn kawan2 rapatku....bukan kerana s.o.m.b.o.n.g tapi aku tak de kesempatan utk memikirkan perkara lain selain kerja...bak kata sudin "selagi belum tutup mata, keje...keje...keje" memang tepat barisan kata2 tu.

Da alang2 menulis ni, wahai en kawanku...nanti kita plan buka puasa dgn kawan2 matrik mcm yg lepas2 boleh???

Alangkah ser0noknya jika dapat bercuti lagi....

April lepas aku di Jakarta-Bandung...mcm tahun melawat INDONESIA lak... ;p


Tuesday, June 29, 2010

bulan itu kembali tiba...

salam...

ohhh tidak bulan ni da nak sampai penghujung dan bulan itu kembali tibaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... Dalam banyak2 bulan, bulan itu paling menguji tahap kesabaran tapi bila selesai je bulan itu aku pasti akan bercutiiiiiiii!!! Balas dendam di atas segala kepenatan...yeahhh mmg aku pasti akan mintak cuti dan berehat. mmm mana pulak kali ni ye???

Januari lepas aku di Bali:





Percutian lain?? tunggu next entri la ye.....

Skang ni aku mengharap ada lagi percutian yg menarik........selepas bulan itu!