Friday, September 5, 2014

Bicara hati...

Tetap salah password...! Ok itu sebagai intro. Mana taknya, bila jari2 tak biasa dengan benda yang lama ditinggalkan, nak taip password pun rasa terbeban. Baru perasan hari ni 5 Sept 2014 dan last post untuk 3 tahun sebelum ni juga 5 Sept. Tak sangka tarikh yang sama. Suratan atau kebetulan? Mungkin inilah takdirnya, hahaha ayat mudah untuk tidak berfikir macam2. Terima ketentuan! Ya, itu yang sepatutnya.

Dalam doa hari2 kebelakangan ini adalah... mohon Yang Esa untuk kuatkan hati. Bila doa itu aku mohon, aku bayangkan hati ni salutkan dengan perisai yang tak mungkin dapat ditembus oleh apa jua kesakitan. Hebat tak bayangan aku. Doa dan bayangkan, sambil berharap sangat agar ia dimakbulkan.


pinjam jap gambar ni... cuma bayangan aku hati disalut tu lebih kemas! ;p


Mungkin untuk tempoh tertentu, bicara ini lebih gemar ber chit chat di dalam hati. Haaa, ibarat ko tengok tv yang mute, ada je dialog cuma ko tak dengar. Macam tu la kes aku. Bukannya aku bisu, bukannya aku takut, bukannya aku tak mampu... cuma bicara kali ni biarlah berlegar2 antara hati ke minda dan transfer semula ke hati.

Berkat Jumaat hari ni, aku mohon sekali lagi dan  mungkin akan berkali2 supaya Kau kuatkalah hati ni... Amin.

*Sekian lama tak update, slow juga lompatan sinaps bila nak taip baris2 ayat. Tak pe, mana ada manusia yang Super, mana ada manusia yang Sempurna, mana ada manusia yang Hebat sentiasa... lama2 nnt biasalah tu :)

Salam Jumaat!

No comments: