Wednesday, September 24, 2014

samseng pejabat...

Penafian : Jangan dibanding tajuk dengan isi.
 
 
Sebelah tangan lengan baju berlipat hingga ke siku, sebelah lagi masih kemas berbutang. Mungkin satu petanda yang tangan berlipat tu sibuk. Hampir sepanjang masa pen di tangan walau pun kini teknologi menguasai. Namun aku memang suka semak kerja secara manual. Nampak seperti tak berapa lestari tapi itulah aku. Senang nak menconteng, kalau semuanya aku betulkan nanti yang membuat kerja itu tidak belajar daripada kesilapan. Jadi inilah kaedahnya sama-sama belajar.
 
Kertas-kertas di atas meja makin hari makin bertambah. Aku tak sabar nak selesaikan semuanya. Lebih-lebih lagi bakal bercuti walau pun sehari tapi terasa rugi. Kalau tak kerana sesuatu yang penting, pasti lokasi aku adalah PEJABAT. Bukanlah gila kerja tetapi rimas bila nampak tapi belum selesai! Tak sangka hampir sebulan aku ditinggalkan *jangan nak fikir bukan-bukan. Terima kasih rakan-rakan sekerja yang banyak membantu. Hebat bila semuanya berjalan tanpa sekatan biar pun pada mulanya nampak seperti bertubi-tubi. Lama-kelamaan serasi dengan tanggungan itu. Dedikasi mereka memang tak disangkal.
 
"biar nampak biasa
biar seperti tiada apa-apa
jangan hanya sekadar kata
yang penting semua hasil adalah nyata"
 
hidup mesti berjasa
walau kudrat tak lagi berdaya
sekurang-kurangnya cetuslah sesuatu di minda
agar ianya sentiasa diguna"
 
Mungkin R hampir kembali...

2 comments:

Anonymous said...

kenapa xletak pic lengan lipat n sebelah bbutang lagi tue...

R28est said...

hahahha... update blog dlu br amik gambar tu... ;p